Sekiranya peti sejuk rosak, tentu menjadi masalah untuk menyimpan bahan-bahan dapur khususnya bahan basah seperti udang.
Namun jangan risau, tanpa peti ais pun udang anda masih boleh disimpan dengan baik dan kekal segar! Anda boleh mencuba petua ini.
Langkah pertama, cuci udang sehingga bersih dan tos sehingga airnya kering.
Gaulkan udang dengan sedikit gula dan simpankan di dalam bekas yang tertutup rapat.
Udang akan tetap segar meskipun disimpan sehingga dua hari! Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment