Ini ada sahabat mohon resepi: "salam mamak haji bley bg resepi parpu telur tak? sya teringin nak mkn. tlg la sya mengidam Sgt."..Jadi terpaksa mamak haji ulang balik resepi ini:..
Menyediakan kari parupu, kacang parupu perlu dimasak dahulu dan diasingkan, sebelum mula masak kari parupu. Kebanyakan kari parupu orang Melayu, ialah kuah tak pekat dan kacang parupunya pulak selalunya belum cukup masak. Ini disebabkan ada yg buat kari parupu, kacang parupu dimasak sekali dengan rempah atau perencah rempah. Masak kari parupu bukan seperti masak kacang hijau untuk bubur kacang hijau. Parupu perlu dimasak asing. Untuk masak 1/2 kilo parupu ia mengambil masa sekurang-kurangnya 45 minit ke 1 jam lebih dengan api dapur biasa. Dengan sebab ini, cara terbaik masak parupu perlu menggunakan “pressure cooker” atau pun kacang parupu terlebih dahulu rendam. Air yang digunakan untuk rebus kacang parupu perlu cukup setakat untuk masak kacangnya sehingga untuk menjaga keseluruhan kelikatan kuah kari parupu. Biasanya sukatan air untuk masak parupu ialah 1 kali ganda dari paras air dengan paras kacang parupu. Biasanya parupu yang sedang rebus akan membuak sama seperti masak nasi. Bila masakan mula membuak, kecilkan api dan masukan sedikit air sejuk dan rebus sehingga kacang paruppu lembut (kalau dipicit diantara dua jari ia akan hancur) Cara masak parupu ini sama dengan masak resepi DALCA. Satu keistimewaan kari parupu ini ialah ia boleh disediakan dengan apa saja sayur-sayuran seperti labu air, kacang panjang, kentang, terung, labu ular, labu manis, carrot dan sebagainya untuk melazatkan lagi kari parupu ini. Sayur labu air dengan parupu adalah amat diminati oleh masyarakat Bangladesh atau Nepal. Masyarakat kaum Tamil di Malaysia suka masak parupu dengan tomato, karot, bunga kobis, terung dan tidak ketinggalan dengan ubi kentang. Anda juga boleh cuba resepi kari parupu dengan sayur-sayuran dan boleh tambah dengan daging ayam atau daging dan tukarkan menjadi DALCA yang sangat enak untuk makan dengan Nasi minyak, nasi tomato atau nasi beriani. Cara ini lebih komprensif dari resepi DALCA yang sebenar.

No comments:
Post a Comment