Thursday, July 17, 2014

Petua Untuk Kulit Muka Lembut dan Cerah

Petua Untuk Kulit Muka Lembut dan Cerah
Pilihan 1: Parutkan seketul ubi kayu dan tempelkan pada muka. Biarkan hingga kering. Selepas itu cuci muka dengan air suam. Amalkannya setiap malam.
Pilihan 2: Campurkan parutan lobak merah, kuning telur, sedikit air limau nipis hingga sebati. Sapukan pada muka dan biarkan ia kering. Cuci dengan air bersih tanpa sebarang pembersih muka.
Pilihan 3: Sapukan muka dengan putih telur dan biarkan selama 30 minit. Setelah itu, cuci dengan air biasa. Lakukan 3 kali seminggu.
Pilihan 4: Kisar kulit telur hingga halus. Campurkan dengan air suam dan bedak sejuk. Sapukan campuran tersebut pada seluruh muka anda. Urutkan kulit muka perlahan-lahan. Biarkan hingga bedak kering. Kemudian basuh dengan air suam.
Pilihan 5: Parut 1 biji kentang. Perahkan airnya dan sapukan pada muka anda. Apabila separuh kering, cuci muka dengan air.

No comments: