Thursday, July 17, 2014

Tomato Musuh Strok!

Buah Tomato diketahui mengandungi likopen, berfungsi untuk mengurangi risiko strok dalam tubuh manusia.  Hasil kajian terbaru mendapati bahawa kadar likopen tinggi dalam darah boleh mengurangi risiko strok pada mereka yang memiliki kadar pigmen rendah, sehingga 55 peratus.

Menurut penyelidik seseorang yang mengambil lebih daripada lima sajian buah dan sayuran dalam sehari, dapat menghindari risiko strok dan tomato menjadi salah satu penyelesaiannya.

Likopen dalam tomato dapat menurunkan kemampuan LDL (kolestrol jahat) untuk membentuk plak di arteri, yang boleh menyebabkan serangan jantung dan strok.

Sebagai maklumatnya, likopen juga memiliki sifat lain yang berhubungan dengan penurunan strok, seperti menghambat penghasilan kolestrol dan mencegah pembekuan darah.

Unsur lain yang terdapat dalam sebiji buah tomato adalah mangan, kromium, magnesium, besi, fosfor, vitamin K, vitamin B1, B6, niasin, B2, asid pantotenat, protein dan kandungan vitamin A,C dan K.

Tomato Musuh Strok!

No comments: