Buah Melaka adalah di antara kuih tradisional yang begitu popular menjadi pilihan ramai kaum ibu khususnya untuk manisan juadah berbuka.
Kuih yang begitu mudah dan sedap ini juga tentu lebih enak sekiranya ada rahsia yang boleh menyedapkan lagi rasanya.
Berikut adalah rahsia atau petua yang sememangnya terbukti berkesan mengenakkan lagi pencuci mulut anda. Caranya seperti:
Bancuh tepung pulut dengan air sejuk yang disimpan di dalam peti ais. Kacau sehingga sebati dan barulah dicampurkan dengan pewarna hijau.
Setelah itu anda boleh menikmati kesedapan yang berlainan setelah mencuba petua ini.
No comments:
Post a Comment