Meskipun madu dapat disimpan sehingga bertahun lamanya, namun madu juga boleh rosak jika salah menyimpannya. Berikut terdapat beberapa cara dan panduan yang membantu madu dapat disimpan dalam jangka waktu yang lebih panjang tanpa menghilangkan manfaatnya.
- Jangan biarkan madu disimpan di tempat terbuka, apatah lagi di udara yang lembap. Madu bersifat mudah menarik air yang memungkinkan madu berkurang kualitinya.
- Simpan madu di dalam bekas berkaca. Pastikan penutupnya ditutup dengan rapat. Jangan sesekali menyimpan madu di dalam bekas logam atau plastik kerana asid pada madu dibimbangi akan bereaksi pada bekas logam dan bole hmenjadi racun jika dimakan.
- Simpan madu dalam suhu bilik, di dalam bekas kaca yang kedap udara. Jangan simpan di dalam petia sejuk untuk menghindari berlakunya pengkristalan. Madu jernih lebih baik disimpan di tempat yang sejuk dan dingin.
- Hindarkan daripada terdedah kepada sinar matahari. Ini kerana nutrisi di dalam madu akan menjadi rosak dan seterusnya boleh mengurangkan manfaat madu
- Jangan menyimpan madu bersama makanan dan bahan yang berbau (durian, tempoyak, petai,belacan dan sebagainya). Ini kerana madu mudah menyerap bau-bauan di sekelilingnya.
No comments:
Post a Comment