CARA MASAK TELUR REBUS YANG SEMPURNA:
Setiap telur size A mempunyai 6gm protein dan 70 kalori tenaga. Telur rebus paling cantik ialah kuning telur berada betul-betul ditengah telor. Bukan ditepi atau bawah sehingga bila kopek terkeluar. Ada kala kopek kulit keluar sekali kuning telur.
1. Ok no.1 bila telur nak rebus pagi..malam itu aturkan telur mendatar dipapan telur seperti gamar mamak haji berikan. Ia akan tengahkan kuning telur.
2. Masa nak rebus ambil periok, isikan air ais yea bukan air paip..dlm bekas dan susunkan telur mendatar. Biarkan 2-3 minit.
3. Buka api dapur besar dan masak telur itu sehingga air mendidih..dalam masa ini putarkan telur-telur dengan senduk kayu ke apa..ikut jam selam 3 minit, berhenti 1 minit, kemudian putaran lawan jam selama 3 minit begitulah seterusnya sehingga air mendidih. Bila mendidih perlahan api dapur (jadikan gelumbong air menjadi kecil) dan masak sehingga 3 minit lagi..masa ini pun kena putarkan juga. (Bukan lama pun dalam 10-15 minit air dah mendidih)..selepas tiga minit matikan api dapur dan tutup bekas rebusan itu dgn tudung. Biarkan 10-12 minit.
4. Selepas itu angkat telur itu masukan dalam bekas yang ada air ais juga..sebelum masukkan ketuk kulit telur dgn perlahan untuk retak kulit telur di dua tiga tempat.
5. Biarkan 10 minit dlm air ais dan kopek..masa kopek mulakan dari tengah..mcm biasalah kopek itu..lalukan air pili pun boleh.
6. Mamak haji gerenti telur anda akan cantik...sila lihat buktinya mamak haji rebus 50 biji telur tak cacat celanya...hehehehe. selamat mencuba
No comments:
Post a Comment