RESEPI GULAI IKAN MASIN TALANG-TALANG:
PENGENALAN.
Kari Ikan Masin ini sebenarnya kari yang lembut/light di utara Tanah air kita digelar "Gulai Ikan Kering". Gulai ikan kering atau ikan masin ini adalah satu hidangan yang amat digemari oleh berbagai kaum di Pulau Pinang. Hidangan ini selalunya menjadi hidangan pilihan di kenduri-kendara 'ala keluarga seperti kenduri kesyukran atau menyambut bulan ramadhan dengan kadar yang sederhana atau pun ketika disajikan untuk sanak-saudara berkumpul.
Resepi ini paling sesuai kerana kos yang murah, cara penyediaan yang mudah dan kelazatan resepi ini menjadikan ia amat popular. Walau pun resepi ini boleh disediakan dengan berbagai cara dan versi.
Resepi yang Mamak haji perturunkan di sini ialah versi mamak haji sendiri dengan sebab itu tak perlu lah kita bertegang leher dengan komen-komen, "saya buat tak akan buat tumis darat, Kalau tumis darat tekak saya akan loya", itu dan ini dalam komen anda. Kalau anda jujur sila perturunkan resepi anda atau tip-tip masakan gulai ini bagi lagi sedap untuk kita semua akan perolehi Ilmu masakan yang terbaik. Berilah komen/kritik yang membina untuk sahabat-sahabat anda.
Walau bagaimana pun anda perlu ingat, garam dan minyak yang berlebihan akan mudarat bagi kesihatan.

- 1/2 kg.Tulang Ikan Masin Talang atau 8 keping yang telah dipotong mengikut saiz yang anda kehendaki. Tulang Ikan Kering ini perlu direndam di dalam air suam sekurang-kurangnya 1 hingga 2 jam untuk keluarkan garam yang berlebihan yang terdapat dalam tulang ikan masin ini.
- 1 btg karot sederhana besar, kupas kulitnya dan dipotong serong 45 darjah dengan ketebalan 10 mm.
- 2 biji terung bulat, dipotong 4 (direndam dalam air sebelum mula masak untuk terung tidak lebam).
- 5 keping hirisan nenas yang telah dikupas dipotong serong.
- Sedikit Kacang Panjang dipotong lintang dalam ukuran panjang 2 inci.
- 5 biji Ubi kentang sederhana besar dikupas dan potong 4.
- 2 pkt kecil (25gm X 2) Rempah kari Ikan.
- 1 cawan Santan pekat.
BAHAN-BAHAN UNTUK TUMIS DARAT:
- 1 sudu kecil Halba campur.
- 2 biji Bawang Merah labu sederhana besar dihiris halus.
- 3 ulas bawang putih dihiris.
- 2 inci Halia dihiris.
- 2 tangkai daun kari.
- 3 sudu besar Minyak untuk menumis.
CARA MEMASAK:
1. Bancuh serbuk kari dengan air 1.5 liter air dalam periuk. Hidupkan api dapur dan masukkan tulang ikan kering talang yang telah basuh, diikuti dengan kentang, karot dan terung. Mendidihkan sehingga ubi kentang anda masak. (rebus naik saja).
2. Masukan kacang panjang, hirisan nenas dan santan. Apabila kari anda mendidih kali pertama, matikan api dapur anda. Rasa kuah anda. Boleh juga masukkan sedikit air asam sekiranya anda tidak gunakan nenas, perasa makanan dan garam sekiranya kuah anda masih rasa tawar tapi awas yea. Nota: Pisang sayur atau mangga muda juga boleh digunakan di dalam kari ini.
3. Panaskan kuali. Masukan minyak. Apabila minyak panas, masukkan halba campur (awas halba campur boleh hangus dengan cepat). Apabila halba campur keluarkan bau yang harum masukkan hirisan bawang, hirisan bawang putih dan hirisan halia. Apabial bawang mula tukar warna keemasan matikan api dapur. Segera masukkan daun kari. Tentukan proses tumis diberi perhatian degan tidak hangus. Tuang semua isi tumisan (dengan minyak sekali) ini ke dalam kuah kari anda. Segera tutup penutup periok supaya wanginya tidak hilang. Kari tulang ikan talang kari anda telah siap. Selamat menjamu selera. —
No comments:
Post a Comment