Sunday, May 18, 2014

Khasiat Halia Dalam Perubatan Melayu

Khasiat Halia Dalam Perubatan Melayu
a. Halia adalah sejenis tanaman purba. Zingiber ertinya sesuatu yang berbentuk tanduk, ini mungkin ada kaitan dengan bentuk rizom atau umbisinya. Asal usul tanaman halia tidak dapat dipastikan.
b. Secara tradisional halia banyak digunakan untuk menyembuhkan beberapa jenis penyakit seperti kurang nafsu makan, pening, kebas, batuk, kembung perut, tergeliat, bengkak, gatal, muntah, taun, cirit-birit dan lain-lain.
c. Rizom halia muda digunakan sebagai bahan campuran dalam makanan ringan, minuman dan halua. Halia muda digunakan kerana serabutnya yang lembut dan halus.
d. Halia juga disebut di dalam al-Quran. Sementara itu di dalam "Hikayat Seribu Satu Malam" telah dicerita tentang khasiat halia sebagai ubat peransang dan pembangkit syahwat.

No comments: