Tuesday, May 20, 2014

Petua Hasilkan Tempura

Ramai keluarga amat menggemari masakan tempura. Tidak kiralah tempura sayuran atau makanan laut. Anda tentu pernah cuba membuatnya, namun tidak mendapat hasil seperti yang diharapkan. Tempura yang dihasilkan lembik dan kulit tepungnya tertanggal dari sayuran dan makanan laut. Setuju tak? Untuk mengatasi masalah ini, Mingguan Wanita ada menyediakan petua untuk anda.

Sama ada makanan laut ataupun sayuran, mestilah dipotong sama besar dan dilap kering dengan kertas tisu. Jika tidak lebihab, kelembapan pada makanan laut atau sayuran tadi akan menjejaskan adunan tepung.

Jangan bancuh adunan tepung untuk digoreng terlalu banyak sekali gus. Bancuh sedikit-sedikit untuk kegunaan. Pastikan adunan tepung sentiasa dingin supaya gorengan rangup, garing dan tidak terlerai. Lebih dingin air digunakan lebih sesuai dijadikan tepung gorengan.

Tempura lebih elok dimakan segera semasa masih panas. Lebihan tepung yang ada di dalam minyak panas mestilah dikaup dan dibuang supaya minyak bersih dan tidak hitam.

Pastikan juga minyak tidak telalu panas dan gorengan jangan melebihi satu minit.

No comments: