Wednesday, May 21, 2014

4 Jenis Petua Harumkan Tubuh

Kita selesa jika tubuh sentiasa segar dan berbau harum. Orang yang datang dekat pun senang dengan kita. Andaikata badan berbau kurang menyenangkan? Nak –nak kalau lepas berpeluh ataupun ketika sedang waktu haid, dan perlu berhimpit dengan ramai orang. Silap-silap semua orang menghindari dan membuat mimik muka. Paling teruk, mungkin anda akan ditegur. Siapa yang nak situasi seperti ini terjadi kepada kita? Untuk mendapatkan haruman yang kekal pada tubuh badan kita, di sini Mingguan Wanita sediakan untuk anda empat jenis petua untuk mengekalkan haruman di badan secara semulajadi.

Kuasa daun pandan

  • Ambillah kira-kira 20 helai daunnya dan bersihkan. Seterusnya kisar sehingga hancur. Tapis dan ambil airnya. Campurkan air daun pandan ini bersama-sama air mandian anda. Seterusnya, mandilah seperti biasa. Gosok tubuh dengan berus khas agar wanginya rata pada kulit. Amalkan seberapa kerap yang anda mahu. Namun patikan tubuh dibilas dengan air bersih sesudah itu.

Sesegar limau nipis

  • Belah dua limau ini. Kemudian gosokkan pada bahagian tubuh yang berlipat misalnya bawah lengan, celah paha dan belakang lutut. Buat selalu dan konsisten untuk mendapatkan hasilnya. Jika rajin, tambahkan sedikit kapur sirih untuk kesan pembersihan maksimum.

Semanis Pisang

  • Jika ada pisang masak di rumah, cara ini mungkin anda boleh lakukan. Anda perlu mengambil kulit pisang tersebut dan gosokkan di celah ketiak beberapa minit sebelum mandi. Ketika mandi, bersihkan kembali dengan sabun dan air bersih. Mungkin terasa geli apabila melakukan petua ini kerana anda tidak biasa, namun hasilnya luar biasa!

Halia untuk diminum

  • Potong sehiris halia tua. Selepas dibuang kulitnya, tumbuk sehingga lumat. Sediakan segelas air suam dan masukkan halia yang telah ditumbuk tadi. Minum airnya. Khasiat halia ini dieprcayai membantu mengatasi masalah badan yang berbau.

No comments: