Banyak kelebihan apabila menggunakan pokok Ara Songsang Daun Merah sebagai proses perubatan. Untuk makluman, batang dan daunnya berwarna merah darah ikan dan bungnya seperti ekor kucing, manakala buahnya pula kecil dan berduri. Pokok ini tumbuh di kawasan lapang dan di tepi-tepi jalan dan kini banyak ditanam sebagai tanaman penutup bumi atau tanaman gantung.
Bagi mendapatkan khasiat ara songsang, pokok ini perlulah direbus terlebih dahulu. Seperti biasa, setiap rebusan herba mestilah menggunakan periuk tanah dan elakkan dari menggunakan periuk aluminium kerana logam itu bertindak anti herba yang boleh menghilangkan khasiatnya.
Antara penyakit yang dapat diubati dengan menggunakan pokok ini adalah dapat merawat buasir dan kencing berdarah. Cara rawatannya adalah dengan merebus kesemua bahagian pokok termasuk akarnya. Kemudian tapis dan minum dua kali sehari.
Selain itu, pokok ini juga boleh digunakan untuk mencegah dan merawat penyakit darah tinggi, kencing manis, buah pinggang dan lemah jantung. Cara rawatannya pula adalah rebus pokok ara songsang sehingga mendidih. Campurkan air rebusan tersebut dengan air rebusan pokok belimbing tanah atau belimbing bukit. Kemudian minum air rebusan tersebut.
Sebagai peringatan, jangan menutup periuk ketika merebusnya. Ini bagi membolehkan unsur-unsur racun yang mungkin ada di dalam pokok berkenaan keluar bersama wap ketika mendidih.
No comments:
Post a Comment