Sunday, May 18, 2014

Khasiat Cekur Dalam Perubatan Tradisional Melayu

Khasiat Cekur Dalam Perubatan Tradisional Melayu
a. Cekur merupakan tumbuhan herba yang tiada berbatang. Tunas pokok tumbuh terus daripada hujung rizom (umbisi) yang mendatar di bawah permukaan tanah. Biasanya setiap pokok terdiri daripada 2 hingga 5 helai daun yang tebal berbentuk bujur telur. Bunganya berwarna putih keunguan. Di Jawa, tanaman ini dikenali sebagai kencur.
b. Rizomnya digunakan sebagai bahan ubatan untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit seperti kembung perut, batuk, perut memulas, bengkak, muntah, sakit urat saraf, dan lain-lain. Untuk tujuan tersebut biasanya bahagian rizom akan dimakan secara segar. Ada orang lebih gemar meminum air perahan rizom bagi mengubati penyakit. Rizom cekur juga banyak digunakan dalam ramuan jamu yang terdapat di pasaran. Selain itu, kajian awal untuk menguji keberkesanan ekstrak rizom cekur sebagai ubat mencegah penyakit lelah telah menghasilkan kesan yang positif. Cekur selalunya digunakan dengan daun jerangau.
c. Orang Melayu zaman dahulu menggunakan rizom cekur, jerangau dan rempah-rempah lain untuk mengubati demam malaria. Pada peringkat tertentu daun cekur berserta daun intaran dan garam digunakan untuk menyembuhkan penyakit yang sama. Rizom cekur, cekur jerangau dan akar bunga susun kelapa juga dijadikan ubat penyakit resdung.

No comments: