Friday, May 23, 2014

Peria oh peria

Khasiat Pokok Peria
a. Peria berguna untuk mengubati penyakit kencing manis. Minum jus yang di ambil daripada 4 atau 5 biji peria, setiap pagi. Bijinya yang dihancurkan boleh dicampurkan ke dalam makanan. Sekiranya tidak mahu meminum jusnya, penghidap diabetes juga boleh meminum air rebusan beberapa potong peria ataupun menggunakannya dalam bentuk serbuk
b. Daunnya pula sangat berkesan untuk merawat buasir. Caranya ialah dengan mencampurkan jus yang boleh diperolehi daripada daunnya ke dalam segelas susu. Ia hendaklah diminum setiap pagi selama sebulan untuk merawatnya.
c. Akar pokok peria yang telah di hancurkan boleh digunakan untuk disapukan ke tempat buasir.
d. Jika anda menghadapi masalah darah kotor seperti bisul, kudis buta, rasa gatal dan lain-lain masalah, fungus peria boleh mengatasinya dengan cara mencampurkan segelas jus peria dan sesudu kecil jus limau. Ia hendaklah diamalkan sedikit demi sedikit dalam jangkamasa 4 hingga 6 bulan.
e. Masalah ketagihan alkohol juga boleh diatasi dengan meminum air daripada daunnya. Ia juga boleh mengatasi masalah hati kesan daripada pengamblan alkohol.
f. Walaupun peria tidak diminati kerana kepahitannya tetapi ia banyak membawa manfaat kepada orang yang menggemarinya. Rasa pahitnya akan hilang dengan cara merendam di dalam air garam sebelum dimasak.


No comments: