Monday, March 17, 2014

Waspada strok haba ketika cuaca panas dan kering

Subject: Waspada Strok Haba Ketika Cuaca Panas & Kering
 
  
Rakyat Malaysia diminta berwaspada terhadap tanda-tanda awal 'heat stroke' atau 'strok haba' berikutan cuaca panas dan kering ketika ini terutamanya bagi bayi, kanak kanak dan warga emas. 

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu Bernama, definisi strok haba adalah paras suhu badan meningkat melebihi 40.5 darjah celcius. Suhu normal badan manusia kira-kira 37.0 darjah celcius. 

"Antara tanda awal terkena strok haba ialah sakit kepala berdenyut, mual, kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas dan denyutan nadi yang pantas. 

"Tanda-tanda lain ialah otot lemah dan kejang, muntah, kulit kering dan kemerahan, sawan serta pitam," katanya. 


Dr Noor Hisham berkata suhu tinggi juga mengundang komplikasi kepada sistem saraf otak yang boleh menyebabkan seseorang itu koma dan boleh membawa kematian. 

Jabatan Meteorologi Malaysia sebelum ini menyatakan keadaan cuaca panas dan kering melanda negara ketika ini agak tinggi berbanding tempoh sama tahun lepas dan dijangka berterusan sehingga pertengahan Mac ini. 

Dr Noor Hisham berkata pendedahan berpanjangan kepada cuaca dan suhu panas disamping kurang minum air dan dehidrasi badan antara punca boleh menyebabkan strok haba. 

Oleh itu beliau menyarankan beberapa langkah segera untuk diambil sekiranya ada individu terkena strok haba iaitu menempatkan pesakit di tempat teduh dan berhawa dingin. 

"Haba tinggi boleh dikurangkan jika individu itu ditempatkan di bawah kipas dan mengelap anggota badan menggunakan tuala basah. 

"Pesakit juga mungkin boleh berendam di dalam kolam air untuk menurunkan tekanan haba dan menyejukkan badan," katanya. 

Dr Noor Hisham turut meminta orang ramai mengelakkan aktiviti riadah yang terdedah kepada cuaca panas serta minum air dalam kuantiti banyak atau sekurang-kurangnya 2.5 liter sehari.
__._,_.___

Kesan terlebih tidur oversleeping atau hipersomnia



Kesan Terlebih Tidur Oversleeping Atau Hipersomnia
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

tranungkite.net

 Tidur memang menyeronokkan setelah penat seharian, tidur adalah jawapannya. Selepas tidur badan kita akan rasa lebih segar. Namun tidur ada hadnya, tidur untuk orang dewasa adalah tidak lebih dari 8 jam. Tahukah anda tidur berlebihan boleh memudaratkan tubuh kita, ynang paling senang dapat rasa seperti Yanz kalau terlebih tidur badan akan terasa sakit-sakit serta kepala akan pening.

Memang benar, seperti yang Yanz nyatakan di atas tidur merupakan cara terbaik untuk memulihkan keadaan tubuh. Kurang tidur diketahui berakibat buruk pada kepekatan, daya analisis, kreativiti, hingga mencetuskan timbulnya berbagai penyakit. Agar tidak kurang tidur, para pakar mengesyorkan untuk tidur tidak kurang daripada enam jam setiap harinya. Hanya saja, di balik manfaatnya terdapat juga keburukannya jika kita terlebih tidur.
Apa yang menyebabkan terlebih tidur oversleeping atau hipersomnia?
 
  1. Penyebab Terlebih Tidur Pertama – Sleep apnea : jenis gangguan tidur di mana orang berhenti bernafas seketika ketika tidur yang membuatkan penghidapnya merasa tidak cukup tidur dan akan tidur lebih lama kerana tidurnya tidak berkualiti. Pengidap akan merasa letih dan tidak segar walaupun sudah tidur lebih dari 10 jam. Gangguan pernafasan terjadi kerana dinding kerongkong berhenti beroperasi ketika penghidap sedang tidur. Akibatnya, aliran udara di dalam tubuh terhenti sehingga penghidap terkejut dan bernafas semula.
  2. Penyebab Terlebih Tidur Ke-2 - Narcolepsy : masalah neurologis juga penyebab tidur berlebihan. Narcolepsy memengaruhi bahagian otak yang mengawal tidur. Penghidap narcolepsy ini gagal untuk menetapkan dimana dan bila waktu sesuai untuk tidur. Oleh itu dia akan tertidur dimana shaja dan bila-bila msa sahaja
  3. Penyebab Terlebih Tidur Pertama ke-3 - Stres dan Tekanan : Kedua-dua perkara ini memang mengganggu jiwa, pemikiran dan mental penghidapnya, sehingga terganggunya tidurnya dan salah satu terjadi oversleeping.
  4. Penyebab Terlebih Tidur Pertama - Keletihan : Keletihan akibat terlalu kuat bekerja, gangguan waktu tidur, hamil atau kekurangan tidur juga merupakan antara faktor penyebab utama oversleeping ini. Jika seseorang itu terlalu letih, dia tentu akan memutuskan akan tidur lebih lama, malah kadang-kadang lebih 9 jam. Ini kerana kononnya lebih tidur badan akan segar kembali.
Apakah kesan dari masalah terlebih tidur oversleeping atau hipersomnia?
  1. Kesan terlebih tidur Pertama – Diabetes : Beberapa kajian menunjukkan orang yang tidur lebih lama dari orang pada umumnya cenderung untuk membangunkan penyakit diabetes. Terlebih, saat mempunyai riwayat penyakit ini dari orang tuanya.
  2. Kesan terlebih tidur ke-2 - Penyakit jantung : Jika terbiasa tidur lebih daripada lapan jam setiap harinya, maka anda mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menderita penyakit jantung. Menurut beberapa penyelidik, tidur sekitar 9-12 jam sehari merupakan faktor yang meningkatkan risiko penyakit jantung.
  3. Kesan terlebih tidur ke-3 - Cepat lupa : Ya, tidur baik untuk pembentukan ingatan. Namun tidur lebih dari 8-9 jam sehari justru memberikan kesan yang sebaliknya. Tidur berlebihan melambatkan fungsi sel otak yang menunjukkan tanda-tanda kepikunan.
  4. Kesan terlebih tidur ke-4 - Kemurungan : Banyak kajian yang mempelajari masalah ini. Beberapa di antaranya menyatakan, pesakit kemurungan cenderung tidur lebih lama daripada orang umumnya. Yang lebih buruk lagi, tidur berlebihan dikatakan memburukkan keadaan tersebut.
  5. Kesan terlebih tidur ke-5 - Sakit belakang : Orang yang tidur berlebihan cenderung untuk mengalami sakit belakang lebih kerap daripada orang yang tidak. Kecuali, mereka tidur di katil khusus yang sudah disesuaikan.
  6. Kesan terlebih tidur ke-6 - Obesiti : Semasa tidur, metabolisme berjalan lebih lambat sehingga jika dilakukan berlebihan, cepat atau lambat anda pun terancam mengalami obesiti. Menurut kajian, mereka yang tidur berlebihan mempunyai risiko 21 peratus lebih tinggi untuk terkena obesiti berbanding orang yang tidur normal.
  7. Kesan terlebih tidur ke-7 - Kematian : Walaupun belum ada alasan ilmiah, tetapi banyak kajian menunjukkan tidur berlebihan berkaitan dengan tingginya risiko kematian.
  8. Kesan terlebih tidur ke-8 - Menjadi kurang menarik : Terlalu banyak tidur juga mempengaruhi kehidupan sosial anda. Saat menghabiskan terlalu banyak masa untuk tidur, anda cenderung untuk melewatkan banyak aktiviti sosial sehingga mungkin sedikit banyak mengurangkan daya tarikan anda.
Apakah Tips mengatasi Terlebih Tidur Oversleeping Atau Hipersomnia
 
  1. Pilih nada dering atau suara jam tidur yang tepat. Memilih suara yang tepat penting bermaksud supaya apabila anda bangun anda akan sedar dan lebih segar
  2. Jangan suga mengamalkan tidur-tidur ayam atau curi-curi tidur. Pilih lah masa sesuai untuk tidur, biar sebentar tetapi berkualiti.
  3. Jadualkan waktu tidur anda. Amalkan tidur pada setiap masa yang sama setiap hari. Oleh itu tubuh akan dapat diprogramkan bila waktu rehat dan waktu bekerja.
  4. Jika terpaksa menghadiri aktiviti pada waktu malam, sila atur semula jadual tidur anda supaya tidak mengganggu tugas anda ke esokkan harinya.
  5. Berjumpalah doktor yang di iktiraf dan berbincanglah masalah anda ini.
Tidur amat penting untuk kesihatan tubuh namun apa sahaja di dalam dunia ini haruslah besederhana. Perkara ini juga ada ditekankan didalam agama suci kita agama Islam supaya besederhana dalam segala hal. Di sini ingin juga Yanz kongsikan rangkaian product dari shaklee yang juga dapat membantu anda mendapat tidur yang berkualiti. Oleh itu ke esokan harinya anda akan lebih segar dan berkeyakinan menjalankan tugas seharian.

PINGGAN MANGKUK DAN CAWAN DARI TULANG BABI

Subject: PINGGAN MANGKUK DAN CAWAN DARI TULANG BABI

Description: D:\-RienaCom-\Pictures\!cid_image001_jpg@01CF3BBC.jpg
Terutama menjelang perayaan ni, yang bercadang nak beli pinggan mangkuk raya buat letak rendang sangat2 di galakkan baca..
biasanya pinggan mangkuk di perbuat dari seramik atau kaca. Tapi ramai yang x tahu ada pinggan mangkuk di perbuat dari tulang khinzir. Ya, tulang khinzir/babi.
Fine YIYUN Bone China. Ingat betul2 jenama ini, catit kat handphone or kertas kot2 nak gi shopping. Ini adalah jenama set pinggan mangkuk yang di perbuat dari TULANG KHINZIR. Ia di perbuat dari negara China.
  
Ada sesetengah kedai akan letak label kalau sesuatu barang tu di perbuat dari unsur2 khinzir. Itu okey, orang Islam boleh alert, tapi yang x letak?? kita sendiri la yang harus berhati2…
Kalau dah terbeli buanglah, jangan pakai okey….
JANGAN LUPA SEBAR KAT KAWAN2 DAN KENALAN ANDA…
p/s: dulu masa kanak2 selalu tanya kat apek jual berus lukisan. ”apek, ni berus babi ka?? ekeke
Ini pula kenyaatan dari Majlis Fatwa Kebangsaan berkenaan isu tersebut.
Description: D:\-RienaCom-\Pictures\!cid_image003_jpg@01CF3BBC.jpg
Majlis Fatwa turut larang guna rangka haiwan tidak disembelih

SEPANG: Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan penggunaan Bone China atau pinggan mangkuk, termasuk cawan dan piring yang mengandungi campuran tulang babi atau tulang haiwan yang boleh dimakan tetapi tidak disembelih secara Islam adalah haram. Bagaimanapun, peralatan pinggan mangkuk yang diperbuat daripada tulang haiwan yang boleh dimakan dan disembelih secara Islam halal digunakan.

Pengerusinya, Prof Tan Sri Dr Abd Shukor Hussin, berkata walaupun Bone China diperbuat daripada tulang babi yang dibakar sehingga menjadi debu, ia tetap haram digunakan umat Islam.
  
“Kita dimaklumkan bahawa dalam setahun, tujuh juta babi disembelih di seluruh dunia untuk tujuan ini dengan empat juta di China, walaupun sudah menjadi debu dan diproses menjadi pinggan mangkuk, ia haram pada pandangan syarak.
“Begitu juga jika ia diperbuat daripada tulang binatang yang boleh dimakan tetapi tidak disembelih secara Islam, maka ia juga tidak boleh digunakan.
“Namun, halal digunakan jika diperbuat daripada binatang yang halal seperti (tulang) lembu dengan syarat disembelih secara Islam,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Muzakarah ke-99 jawatankuasa majlis itu di sini, kelmarin.

Bone China adalah istilah komersial digunakan pembuat perkakasan pinggan mangkuk yang mengandungi tulang haiwan.

Berwaspadalah ketika membeli pinggan mangkuk dan perkakas makanan seperti cawan dan piring daripada seramik kerana ada jenama tertentu mengandungi campuran tulang haiwan termasuktulang babi.
Description: D:\-RienaCom-\Pictures\!cid_image008_jpg@01CF3BBC.jpg

Istilah bone China bermaksud campuran tulang-temulang babi yang dibakar dan dihancurkan menjadi serbuk dan diadun menjadi tanah liat.
Description: D:\-RienaCom-\Pictures\!cid_image006_jpg@01CF3BBC.jpgDescription: D:\-RienaCom-\Pictures\!cid_image007_jpg@01CF3BBC.jpg

Amat mudah untuk mengenali perkakasan yang mengandungi tulang babi kerana kebiasaannya tercatat bone China di belakangnya.

Tujuan menggunakan tulang itu adalah kerana hasilnya lebih berkualiti dan halus serta warnanya yang lebih putih dan ringan.

Makan dalam pinggan mangkuk tak halal? Boleh ke?
Salam Isnin....hujung minggu dah pun berlalu.Hari ini bermula lembaran yang baru.Anak-anak dah selesai menjalani peperiksaan akhir tahun.Alhamdulillah...lega rasanya.Nabihah masih batuk-batuk.Demam sudah kebah walaupun tak sepenuhnya.Sunyi jer rumah ni bila Nabihah demam.Terima kasih Kak Tie atas tips panduan yang diberi :)

Ok,hari ni nak kongsi satu isu, mengenai pinggan mangkuk tak halal.Isu ini memang dah lama dah jadi sebutan dulukala.Cuma saya nak bangkitkan kembali isu ni, sebab saya rasa isunya masih lagi ada kerelevanannya dengan keadaan semasa.Mungkin antara anda pernah dengar 'Fine Bone China' .Untuk lebih jelas lagi, tahukah anda apa itu Fine Bone China??
Description: D:\-RienaCom-\Pictures\!cid_image009_jpg@01CF3BBC.jpg
 Gambar ihsan :Google - pinggan mangkuk yang di perbuat dari bone china
  • sejenis pinggan mangkuk porcelain yang dikategorikan mahal dan klasik. Porcelain ialah barangan seramik yang mana penciptaannya telah dipelopori oleh Negara China sejak daripada kurun ke 7 lagi. 
  • barangan porcelain ini dipanggil dengan gelaran "china". Malah "fine china" ditujukan kepada barangan seramik yang menggunakan tanah liat khas yang dipanggil "china clay" walaupun tanah liat ini dikorek di Amerika Syarikat.
  • Bone china dicipta oleh seorang Inggeris bernama Josiah Spode pada kurun ke 18.
  • Perbezaan bone china dengan fine china yang lain ialah ramuan abu tulang haiwan ke dalam ramuan penciptaan bone china.
  • Komposisi ramuan tersebut ialah 50% abu tulang, 25% china clay dan 25% china stone. Pada asalnya, abu tulang yang digunakan oleh Josiah berasal daripada seladang (ox). Abu tulang ini yang menjadikan warna china bone putih dan mempunyai tahap kekerasan yang tinggi.
  • didapati abu tulang seladang adalah hanya salah satu daripada tulang-tulang binatang yang digunakan. Terdapat banyak lagi jenis tulang binatang seperti unta, kuda, lembu, llama dan juga.....khinzir.

    Berikut adalah artikel yang saya salin tampal dari website lain.:
"Saya terpanggil untuk memberi sedikit maklumat untuk pengetahuan saudara semua. Hati-hati ketika membeli pinggan mangkuk yang tertera di bawahnya Fine Bone China atau Bone China.
Description: D:\-RienaCom-\Pictures\!cid_image010_jpg@01CF3BBC.jpg
Gambar ihsan :Google - contoh trademark yang ada di bawah pinggan mangkuk yg diperbuat dari Bone China.
Ini kerana pinggan mangkuk tersebut kemungkinan besar dibuat daripada tulang-temulang babi yang telah dibakar dan dihancurkan menjadi serbuk dan diadun menjadi ‘clay’.Proses yang sama digunakan untuk membuat pinggan daripada ceramic cuma ia menggunakan bahan terlarang untuk untuk menggantikan tanah liat.Untuk pengetahuan semua, perkara ini telah dimaklumkan kepada saya oleh seorang pensyarah berbangsa Cina.
Waktu saya sedang mengikuti kelas bahasa Inggeris. Dia meminta kami merujuk perkataan ‘bone? di dalam kamus Bahasa Inggeris terbitan Longman dan kemudiannya meminta kami menerangkan apa maksud ‘bone china?. China  maksudnya adalah pinggan mangkuk. Menurut beliau, perkataan ‘china? dirujuk sebagi pinggan mangkuk bermula sewaktu zaman kapal dagangan di mana Negara China memang terkenal dengan pembuatan pinggan-magkuk mereka.
Jadi nama China memang sinonim dengan pinggan-mangkuk. Manakala ‘bone china? ? maksudnya adalah cups, plates, etc., made of fine white clay mixed with crushed animals bones; a kind of porcelain. Jadi yang perlu diteliti disini adalah perkataan ‘bone? itu sendiri yang membawa maksud bahan yang terkandung di dalam pembuatannya.
Tujuan mereka menggunakan tulang tersebut adalah kerana hasilnya lebih berkualiti dan halus. Warnanya juga lebih putih dan ringan. Biasanya pengeluar produk ini adalah negara2 yang merupakan negara yang menjadikan babi sebagai sumber protein di dalam menu harian mereka.
Jadi kesimpulan yang boleh dibuat, tulang-tulang ini kemungkinan besar adalah dari sumber tersebut. Walau bagaimana pun, pinggan-mangkuk dari sumber ini dijual agak mahal berbanding porcelain biasa, mungkin bahan dan prosesnya lebih rumit.
Ia biasanya akan dipamerkan di atas rak-rak yang eksklusif. Jadi kepada semua berhati-hatilah ketika membeli pinggan-mangkuk untuk kegunaan kita seharian. Terfikir saya, apa agaknya kesan kepada kita dan anak-anak jika mengunakan produk ini setiap kali menikmati sajian? Sebagai umat Islam saya rasa terancam dan kesal kerana pinggan mangkuk import ini tidak mungkin datang dengan stamp halal.
Oleh itu terpulang sepenuhnya kepada kita untuk lebih berhati-hati di masa akan datang. Gunakan lah tisu, untuk memegang pinggan tersebut sekiranya anda was-was dan periksa labelnya telebih dahulu. Biarlah pakai pinggan murah, asalkan berkat."
Bagaimana ingin diketahui samada ia adalah barang porcelain jenis bone china?
Description: D:\-RienaCom-\Pictures\!cid_image011_jpg@01CF3BBC.jpg
Bone china bewarna putih seputihnya. Oleh kerana ia diperbuat daripada abu tulang, maka ia adalah separa lut cahaya. Anda boleh lihat bayang tangan anda disebalik pinggan bone china jika diletakkan berhampiran cahaya. Sekarang telah banyak syarikat yang menghasilkan bone china dan tidak eksklusif seperti dahulu. Maka ini menjadikan proses untukmengenal halal-haram di dalam penghasilan bone china menjadi sukar. Cara yang paling mudah adalah untuk mengelakkannya.


Sunday, March 16, 2014

Doa mengelak dari sihir

Zikir untuk lembutkan hati suami

Siri Taman Syurga (4)Taubat

Siri Taman Syurga (3) [Live][KD][200214]Ilmu Memberi Syafaat, Harta Akan Dihisab - Ustaz Tarmi...

Siri Taman Syurga (2) 07-03-2014 Ustaz Ahmad Jailani _ Kesalahan Liwat & Qazaf (Part 1)

Siri Taman Syurga(1) :12-10-2013 Ustaz Ahmad Jailani _ Dua Kisah Yang Menginsafkan.

Petua Untuk Elak Mabuk Kenderaan

Petua Untuk Elak Mabuk Kenderaan

Mabuk kenderaan biasanya menimpa sesetengah orang ketika berjalan jauh. Lebih-lebih lagi jika dalam perjalanan, anda terpaksa melalui jalan yang berbengkang-bengkok.

1. Ambil 3 sudu makan madu asli.

2. Campurkannya dengan sedikit garam.

3. Minumlah sebelum anda jalan jauh.