Monday, August 17, 2015

Sembang niaga(8):Dari Fb puan ainon

Ini kesilapan yang selalu dilakukan oleh pembantu kedai dan jurujual amatur, sebelum mereka menerima latihan profesional dalam bidang:
+ Seni kejurujualan atau salesmanship
+ Khidmat pelanggan atau customer service
.
Mereka takut kalau tersalah panggil, nanti pelanggan rasa kekok. Contohnya, mereka takut hendak membahasakan pelanggan dengan panggilan 'Tuan', 'Puan', 'Cikpuan'.
Mereka takut nanti pelanggan rasa kekok dengan panggilan mulia itu. Lalu mereka pun membahasakan pelanggan dengan panggilan 'pakcik', 'makcik', 'abang', 'kakak' dll.
.
Yang manakah yang lebih tinggi risikonya?
+ Membuat pelanggan berasa kekok, namun tetap membeli?
+ Membuat pelanggan berasa geli-geleman, menyampah, sakit telinga, sakit hati, lalu keluar dan tak datang lagi?

Biar terlebih, jangan terkurang....
Apabila memanggil pelanggan, inilah prinsipnya: "Biar terlebih, jangan terkurang."
Maksudnya, biar kita memanggil pelanggan itu dengan menggunakan panggilan yang lebih tinggi, jangan menggunakan panggilan yang lebih rendah.
Contohnya:
+ Pelanggan perempuan itu seorang 'Datin'. Biar kita tersilap memanggil beliau dengan panggilan 'Puan Sri'. Kesilapan macam ini dapat diterima sebagai 'kesilapan yang sopan'.
+ Pelanggan itu seorang 'Datin'. Kita panggil dia dengan panggilan 'makcik'. Kesilapan macam ini tidak dapat diterima sebagai 'kesilapan yang sopan'!
.

Sunday, August 16, 2015

Ruqyah(Jampi) menyembuhkan kesakitan untuk diri sendiri



Ruqyah bagi usaha menyembuhkan kesakitan diri sendiri... DIY lah kata orang ya...

Sumber dari FB: Darul Mateen-Rawatan islam

Doa untuk mudah bangun tengah malam (tahajjud)

Doa untuk mudah bangun tengah malam (tahajjud)
Baru-baru ni saya ada 1 ceramah di Radio IKIM. Penceramahnya ialah seorang Syeikh dari Negara Arab. Maaf, tak berapa ingat dia punya nama.
Dalam ceramah tu, Syeikh Arab tu ada berkongsi 1 amalan yang jika diamalkan akan memudahkan kita untuk bangun malam untuk bertahajjud.
Caranya ialah :
Baca surah al-Qadr (Innaa anzalnaa hufii lailatul qadr…). Baca surah ini hingga habis. Dan pada ayat yang terakhir, diulang sebanyak 7 kali. Semasa ulang baca ayat terakhir tu, kena niat dalam hati, pukul berapa anda nak bangun.
Amalkan baca seperti diatas sebelum anda tidur. InsyaAllah, PASTI BERKESAN. Cubalah…Sekian, harap dapat sebar-sebarkan pada kawan-kawan yang lain untuk diamalkan…

Sumber dari FB wan Ishak

Pokok Ara tanah



Sumber dari FB  Shiema Yunus

Status dari FB rahsia hawa

PETUA ELAKKAN MABUK KENDERAAN
Boleh cuba mana-mana cara berikut...
1. Madu lebah dan garam :
Minum 3 sudu besar madu lebah asli dicampur bersama sedikit garam sebelum memulakan perjalanan.
2. Batang kangkung :
Dapatkan batang kangkung yang menjalar panjang, kemudian lilit dan ikat di pinggang semasa perjalanan.
3. Ubi keledek :
Kupas ubi keledek yang berwarna kuning. Makan ubi tersebut mentah-mentah jika terasa loya dalam perjalanan.
4. Limau :
Bawa limau dan cium limau tersebut semasa dalam perjalaan. Mudah kan..
Selamat Mencuba

Sembang niaga(7) Dari Fb puan ainon

Lesen niaga milikan tunggal 'enterprise' boleh dinaik-taraf menjadi syarikat PLT ataupun syarikat sendirian berhad. Ada caranya perkara ini dapat dilakukan dengan betul, supaya rekod prestasi kewangan 'enterprise' itu tidak 'hilang'.
Proses mendaftarkan syarikat PLT boleh kita buat sendiri. Tetapi untuk mendaftarkan syarikat sendirian berhad, ia wajib dilakukan oleh company secretary.
Kos mengurus rekod-rekod syarikat PLTdi SSM adalah jauh lebih rendah dibandingkan dengan syarikat sdn bhd.
Puan Armiati Mohd Ismail adalah seorang company secretary yang berpengalaman.
.

The effect of water temperature



source : FB My health tips!

Kenapa air milo dari van/lori ni lg sedap dr air kotak milo atau milo yg dibuat sendiri?

Kenapa air milo dari van/lori ni lg sedap dr air kotak milo atau milo yg dibuat sendiri?
Ini rahsianya...
"Meh..anak sedara driver van Milo nk ajar korang cara buat milo sedap..
Amik mug..
taruk susu pekat 1 sudu,
milo 3 sudu (ingat nisbah susu 1:3 milo)..
Taruk air panas..sikit je..
1/4 mug atau sama aras ngan milo..
Kacau smpai air panas tu jd suam/suhu bilik..
Taruk ais (ketul) sampai penuh mug..
Biarkan ais mencair sampai takde satu pun yg berketul..kena amik masa skit..sabar..
Biarkan ais mencair..tak perlu kacau..
Bila ais dh cair semua skali..
Nikmatilah rasa milo sebijik cam baru kluar dr van

Copy & Paste dari FB ringkas tapi sedap!

Menyelesaikan hutang

Status dari FB:Che Udin
Alhamdulillah , terhadap saudara mara kita dan sahabat handai yg mempunyai masaalah ini..
INSYAAALLAH - DIMAKBULKAN ILLAHI AAZAAWAAJALL..




Faedah makan di rumah