Sunday, September 28, 2014

Selitan promo: Parma Islamic Fashion!


Assalamualaikum Semua ,Sila lihat slideshow dan LIKE page ini :

https://www.facebook.com/pages/Parma-Islamic-Fashion/1535376823366412?ref=hl

http://slideshow.fotor.com/creations/520926a29fd348a59364f8893f4293ad/index.html


http://slideshow.fotor.com/creations/0d91b3d19fc34acc8420808eade39508/index.html








Terimakasih!

Resipi: BERTIH JAGUNG KRAMEL / CARAMEL POP CORN: oleh mamak haji

Resipi: BERTIH JAGUNG KRAMEL / CARAMEL POP CORN:

Bahan-Bahan :
- 1/ 2 cawan biji jagung kering.
- 1/4 cawan atau 4 sudu besar minyak masak.

Bahan-Bahan Untuk Kramel:

- 125 gm butter mamak haji pakai Majerin felda je..dlm 85gm.
- 1 cawan gula pasir.

Cara penyediaan:
1. Siapkan satu tray dilapik dengan kertas aluminium atau kertas minyak baking.
2. Dapatkan satu periok agak dalam (mamak haji guna periok pressur cooker) yang ada penutup yang baik.
3. Masukkan minyak masak dan pansakan dalam api sederhana. Minyak perlu betul-betul panas sebelum masukkan jagung. Bagi menentukkan minyak betul-betul panas, masukkan dua biji jagung., kalau biji jagung itu berputar dan menjadi bertih, menunjukan minyak dah panas. Jaga yea..bertih boleh letup dan naik ke atas. orang latah duduk jauh sikit.
4. Masukkan 1/2 cawan jagung. Bila dengar jagung meletop-letop, goncang perlahan periok untuk biji jagung yang atas turun kebawah.
5. Bila bunyi meletop-letop dah berhenti buka tudung dan masukkan semua bertih jagung itu ke dalam sebuah bekas untuk adunkan kramel. Kutip buang biji jagung ygang menjadi bertih.
PENYEDIAAN KRAMEL:
1. Adunkan butter/majerin dengan gula didalam kuali. Hidupkan api dapur sederhana. Masak dalam 5-7 minit. Kacau sekali sekala sehingga butter/majerin cair dengan gula.
2. Bawa adunan gula dan butter ini keadaan mendidih. Bila mendidih jangan pulak kacau adunan ini. Biar mendidih sampai warna keemasan, jangan lama nanti kramel anda akan rasa pahit. Agak dalam 10 minit dah cukup.
3. keluarkan dari api dapur, tuang dalam bertih yang berada dalam bekas tadi. Adunkan sebati kramel dengan bertih sehingga salut betul.
4. keluarkan pop corn yang elah salut dan ratakan di tray yang kita sediakan dgn kertas baking atau aluminium. Biarkan kramel sejuk dan keras. Lepas itu anda ramas-ramaskan bertih itu. Sudah siap POP CORN anda yang lazat.






Resipi Sarapan HASHBROWN: oleh mamak haji

Resipi Sarapan HASHBROWN:
Resipi ini paling mudah dan murah sekali..Respi kita buat sendiri ini, dengan kentang segar sedap..kalau nak beli bukan saja mahal tapi tentu tidak segar dan apa benda dia org masukkan pun kita tak tahu..
Bahan-Bahan Yang diperlukan:
- 4 biji kentang, dikopek kulit dan potong kecil dalam 1 cm dan rebus 3/4 masak..jangan terlalu masak pulak nanti jadi "mash potatoes" pulak dah. Kita nak dia berketul-ketul kecil. Bila dah masak toskan air biar dia kering sikit untuk garing.
- 3/4 cawan tepung gandum.
- 1 biji telur ayam dipukul.
- 1 sudu kecil butter atau majerin cap pelangi pun boleh.
- 1 ketul stok ayam. Maggi ok kerana dia kering dan senang untuk jadikan serbuk dan masin. Kalau ada serbuk gunakan dlm satu sudu besar.
- 1 sudu kecil gula pasir.
- 1/4 sudu kecil serbuk lada hitam.
- Minyak untuk goreng.
- 1/2 sudu kecil garam atau secukup rasa.
CARA MENYEDIAKAN:
1. Adunkan semua bahan itu dalam sebuah bekas. Adunkan. Lenyekan ubi kentang dengan sudu saja tak perlu gunakkan pelenyek kentang. Kita nak kasar sedikit kentang itu.
2. Adunan yang dah siap, masukkan dalam Freezer dalam 15 minit. Bila agak padat sikit, ambil dua helai plastik, sapukan sedikit minyak. Ratakan adunan kentang itu di antara dua helai plastik dengan roller canai. Tebal dia agak-agak dalam 3/4 inci.
3. Selepas diratakan alas atas pingan ke apa ke..biarkan dia didalam freezer sekurang-kurang dlm 2-3 jam. Biar dia beku keras supaya mudah kita potong.
4. Panaskan minyak dan goreng. Kena minyak panas kalau sejuk..hashbrown anda akan resap minyak. Tak perlu lembutkan yea. GORENG PERLU DUA KALI seperti kita goreng french fries..tahu kan?. Gorengan pertama dalam 2-3 minit dah cukup. Dua kali goreng baru hashbrown anda akan jadi garing. Goreng kali kedua tunggu hingga hashbrown anda terapung yea. Sudah pasti kena api dapur yang sederhana.
5. Biasanya sos guna campuran sos mustard dan mayonis..mamak haji tak ada mustard. Tapi guna cili sos dan mayomnis buat sos thousand island..hehehe. Selamat mencuba..ia mudah murah dan anak-anak akan suka sgt. Hidangkan dengan Isi ayamg goreng atau grill...grill atas kuali pun ok juga dgn sedikit minyak. Telur mata...aduhh memang sempoi kalau kena dengan hirisan tomato dan timun..selamat mencuba.
Mamak Haji - Original's photo.

Sayur Bakar

Bagi yang kurang menggemari makanan berminyak, pastinya menu bakar menjadi pilihan. Lari dari kebiasaan, Sayur Bakar disuntik dengan rasa yang lebih sedap dengan pencicah sos istimewanya. Bukan sahaja rasanya yang lazat malah, resipi masakan ini sama sekali tidak menggunakan serbuk perasa. Nikmatilah resipi bakar istimewa ini.

Bahan-bahan bakar:
1 biji terung
5 biji bendi
100 gm kangkung
100 gm cendawan

Bahan-bahan sos bubu:
200 gm cili boh
100 gm bawang besar   } 
30 gm bawang putih      } 
100 gm lengkuas           }                       Dikisar
50 gm kunyit                 } 
50 gm halia                   } 
50 gm serai                  } 
250 gm asam jawa
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula

Cara Membuat:
  • Bakar kesemua sayur-sayuran tadi sehingga masak. Asingkan.
  • Tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar sehingga naik bau.
  • Selepas itu, masukkan cili boh dan masakkan bersama bahan-bahan tadi.
  • Setelah agak masak, masukkan perahan asam jawa.
  • Akhir sekali, masukkan garam secukup rasa dan juga gula.
  • Hidangkan sayur-sayuran yang telah dibakar bersama sos bubu. Sedia untuk dinikmati. 
Sayur bakar

Tazkirah hari ini 105:AAM KELEBIHAN 4 KALIMAH; Subhanallah, Alhamdulillah, La ilaha illallah, ...

Saturday, September 27, 2014

Please like my FB page! Thank You



https://www.facebook.com/pages/Parma-Islamic-Fashion/1535376823366412?ref=hl



http://slideshow.fotor.com/creations/0d91b3d19fc34acc8420808eade39508/index.html

Tazkirah hari ini 104:[LIVE][270914] Bicara Ummah - Ust Abdullah Khairi • Ust Haslin Bahrin • ...

Pucuk Jambu Batu Hilangkan Daki dan Bau Ketiak

Pucuk Jambu Batu Hilangkan Daki dan Bau Ketiak
Ramaskan pucuk jambu batu ke dalam air dan gosokkan pada badan. Selepas itu, bilas dengan air limau purut. Bagi bakal pengantin, lakukan seminggu sebelum tarikh perkahwinan. Kulit anda akan bersih dan ketiak anda tidak akan berbau masam semasa bersanding nanti.

Tazkirah hari ini 103:20140702 Ustaz Pahrol Mohd Juoi

Selitan Promo: Miss V ~ Feminin Wash khas untuk wanita!


 Boleh layari: Fb yang berkenaan dan sila like ya! terimakasih..