Tuesday, September 23, 2014

Tazkirah Hari ini 98:Tanyalah Ustaz 2014 Eps 15 - Perkara Yang Tak Suka (Bhg 1)

Tampil Sopan Elak Sumbang Mahram

Masih terkejut dengan perkongsian menerusi siaran radio semalam yang mengkhabarkan berita mengenai seorang wanita telah membuat aduan di sebuah balai polis mengatakan dirinya telah dirogol oleh anak lelakinya sendiri, seorang remaja berusia 15 tahun. Pernah kendalikan kes serupa bila seorang ibu dirogol beberapa kali oleh anak lelakinya sendiri yang berusia awal 20-an. Bezanya klien ini tidak tinggal bersama ibunya sejak awal selepas berlaku perpisahan antara ibunya dengan ayahnya. Hanya bersua bila dah dewasa, mungkin gelodak rasa tak mampu membezakan antara ibu atau teman wanita. Peliknya, tinggal serumah tetapi masih tergoda dan dinodai. Betulkah pelik?

Realitinya, kes yang dikongsi bukanlah kes di luar negeri sebaliknya kes yang berlaku di negara Malaysia kita yang tercinta yang khabarnya terkenal dengan adab sopan dan budaya yang saling menghormati. Tatkala kes seperti ini makin kerap berlaku, apa bermaksud, adab sopan bukan lagi diutamakan? Apakah punca yang menjadi pendorong kepada berlakunya sumbang mahram ini. Punca biasa, mungkin remeh tapi disebabkan menganggapnya remehlah, isu tak diingini seperti ini boleh terjadi.

Realitinya, Islam telah menetapkan garis panduan tertentu dalam berhubungan sesama manusia termasuk sesama ahli saudara termasuk hubungan antara anak dengan ibu bapa. Paling penting, setiap individu perlu menjaga aurat dalam penampilan. Islam telah menggariskan batasan aurat yang perlu dipatuhi, bukan saja kepada wanita malah juga kepada lelaki. Aurat asas bagi seorang lelaki adalah menutup antara pusat dan lutut.

Aurat wanita pula ialah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Aurat lelaki pada bila-bila masa dan apabila bersama-sama sesiapa pun adalah sama iaitu antara pusat dan lutut. Tetapi bagi wanita terdapat perbezaan dalam beberapa keadaan antaranya:

  • Aurat ketika sembahyang: Aurat wanita ketika sembahyang adalah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan
  • Aurat ketika bersama mahram: Pada asasnya aurat seseorang wanita dengan mahramnya adalah antara pusat dan lutut. Walau pun begitu wanita dituntut agar menutup mana-mana bahagian tubuh badan yang boleh menaikkan syahwat lelaki walaupun mahram sendiri. Perkara ini dilakukan bagi menjaga adab dan tatasusila wanita terutama dalam menjaga kehormatan agar perkara-perkara sumbang yang tidak diingini tidak akan berlaku. Dalam kes klien tadi, jika si anak diajar batasan ini, dia akan tahu ayahnya telah melanggar batas.
  • Aurat ketika di hadapan lelaki bukan mahram: Aurat wanita di hadapan lelaki bukan mahram ialah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Kewajipan menutup aurat di hadapan lelaki bukan mahram adalah amat penting dan perlu dilaksanakan oleh setiap wanita, bagi mengelak berlaku perkara yang tidak diingini seperti rogol dan sebagainya. Perkara ini terjadi disebabkan memuncaknya nafsu para lelaki akibat daripada penglihatan terhadap wanita yang memakai pakaian yang tidak senonoh dan mendedahkan sebahagian tubuh badan mereka.

Malangnya, ramai ibu bapa tidak mengambil berat mengenai perkara aurat malah mengambil mudah: “Alah! Adik sendiri... anak sendiri... abang sendiri...” hingga membiarkan anak gadis berpakaian seksi menjolok mata abang, adik lelaki malah ayah sendiri. Si ibu pula bersahaja berpakaian mendedahkan dada dan paha, konon anak lelaki yang di kandung dan dijaga, takkan tergoda pula hingga lupa, syaitan dan nafsu bekerja tak kira masa dan ketika, nauzubillah!

Bukan hanya cara berpakaian tetapi ramai juga yang ambil mudah mengenai pergaulan. Anak lelaki dan anak perempuan dibiarkan tidur bersama, dibiarkan berpelukan mesra malah ada ayah yang bersikap mesra dengan anak gadisnya, persis pasangan bercinta. Apa semua ni?

Wahai ibu bapa, anda wajib mengajar anak-anak mengenai batasan pergaulan seperti yang disarankan oleh syariat. Terdapat enam etika pergaulan antara lelaki dan perempuan termasuk antara anak lelaki dan anak perempuan yang perlu dipatuhi bagi mengelakkan daripada mendekati zina iaitu menundukkan pandangan, menutup aurat, batasan aurat, ada penghalang antara lelaki dengan wanita, tidak berdua-duaan di antara lelaki dan perempuan; tidak melunakkan ucapan atau percakapan dan tidak menyentuh kaum berlawanan jenis.

Ibu bapa juga perlu asingkan tempat tidur antara anak lelaki dan anak perempuan. Bukan sekadar berasingan katil tetapi juga berasingan bilik. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Perintahkanlah anak-anakmu dengan (menunaikan) solat pada umur tujuh tahun. Dan pukullah mereka kerana (meninggalkan) solat pada umur 10 tahun , dan pisahkanlah antara mereka pada tempat tidurnya.” (hadis riwayat Imam Ahmad, Abu Daud dan al-Hakim).

Hadis ini jelas menyuruh kita agar memisahkan tempat tidur antara lelaki dan perempuan apabila mereka berusia 10 tahun. Jelaskan sebab dan hikmah perlunya anak-anak ini diasingkan tempat tidur (berkaitan dengan batasan pergaulan), bukan saja diasingkan daripada saudara kandung tetapi juga daripada ibu bapanya sendiri. Anak-anak juga perlu diajar mengenai adab masuk ke bilik ibu bapa dan bilik saudara kandung.
 
Andai perkara ini diambil berat dan diberikan perhatian, insya-Allah takkan ada lagi kes sumbang mahram. Ya Allah! Hanya kepada Mu kami bermohon!

Untuk perkongsian ilmu yang lebih menarik, anda boleh dapatkan majalah Mingguan Wanita yang sudah ada di pasaran. 


Oleh: SUZANA GHAZALI
(Perunding Psikologi Keluarga & Guaman Syarie)

kuih tepung gomak dari FB rahsia hawa



kuih tepung gomak
Bahan untuk menyalut kuih(abuk2):
500g kacang hijau
Cara penyediaan:
1. Basuh dan toskan kacang hijau.
2. Goreng kacang hijau sehingga kekuningan dan diangkat.
3. Kisar kacang tadi dengan menggunakan pengisar kering. Kisar sekejap sahaja untuk membuang kulitnya dahulu. Tampi untuk membuang kulit kacang yang tertanggal.
4. Kemudian barulah kisar kacang tersebut sehingga hancur dan menjadi tepung. Ayak kacang supaya mendapat tepung yang halus. Lakukan mengisar kacang sehingga semuanya habis.
5. Simpan didalam bekas sebelum digunakan untuk menyalut kuih.
Bahan inti:
1 biji kelapa parut
200g (2ketul) gula melaka atau gula merah
1/2 cawan gula pasir @ secukup rasa
1 sudu besar tepung gandum
Secubit garam
1 helai daun pandan
Air.
Cara penyediaan:
1. Masak gula melaka, gula pasir, sedikit garam dan daun pandan bersama air sehingga gula hancur. Angkat dan tapiskan.
2. Masukkan kelapa,tepung gandum ke dalam air gula tadi. Kacau sehingga inti masak dan sebati. Angkat dan sejukkan terlebih dahulu.
3. Untuk memudahkan kerja, bulat2kan inti terlebih dahulu dan ketepikan.
Bahan kuih tepung gomak:
500g tepung pulut
Sedikit garam
Air secukupnya
Cara penyediaan:
1. Bancuh/gaulkan tepung pulut dengan air yang telah dicampur sedikit garam(sesedap rasa) sedikit demi sedikit sehingga adunan sebati/kental . Buat sama macam bancuhan kuih buah melaka.
2. Ambil sedikit adunan, bulatkan dan leperkan. Masukkan inti dan bulatkan serta leperkan semula.
3. Masakkan air, setelah mendidih masukkan kuih dan masak sehingga kuih timbul(naik ke atas) barulah diangkat.
4. Kemudian gaulkan dengan tepung kacang hijau sehingga menyaluti kuih dan bolehlah dihidangkan.

Dorayaki dari FB resipi hawa



Dorayaki
Bahan-bahan ( 10 biji )
100gm tepung kek atau tepung gandum
½ sudu kecil baking soda
60gm gula halus
2 sudu besar madu
2 biji telur
½ sudu besar minyak masak
½ sudu kecil esen vanilla
Inti:1½ cawan kacang merah yg manis
Cara-cara
- Dalam mangkuk besar, pukul telur bersama gula sehingga kembang.
- Masukkan madu, minyak dan esen vanilla. Kacau sehingga sebati.
- Masukkan tepung dan baking soda yg telah diayak ke dalam campuran telur. Kacau adunan secara kaup balik. Boleh tambah sedikit susu segar/cair jika adunan terlalu pekat.
- Panaskan kuali yg tidak melekat (non-stick pan) dengan api kecil, masukkan 1/4 cawan adunan buat bulatan bersaiz 4".
- Masakkan sebelah bawah sehingga berwarna perang, masak sebelah atas pula sehingga adunan nampak masak. Ulang sampai habis (20 keping).
- Letak 1 sudu besar kacang merah ditengah sekeping pan-cake, tutup dgn satu keping pan-cake. Tekan dgn tangan pelahan-lahan untuk meratakan kacang merah.

Monday, September 22, 2014

Pengguna bekas plastik

Penggunaan bekas plastik memudahkan tugas ibu di dapur, terutamanya dalam membekalkan makanan untuk si kecil. Namun bukan semua bekas plastik selamat digunakan. Apakah kriteria yang perlu dikenal pasti dalam memastikan bekas plastik yang digunakan benar-benar selamat untuk anak-anak.
SDK telah mengenal pasti apakah langkah yang perlu diberi penekanan dalam menggunakan bekas plastik. Antaranya ialah:
1. Jika anda membeli bekas plastik khususnya berkod 1, 3, 6, dan 7 (PC), anda harus bijak menggunakannya. Bekas ini dikenal pasti memiliki bahaya secara kimia. Oleh itu, gunakan bekas plastik sekali sahaja. Tidak selamat jika anda menggunakan bekas plastik dengan kod 2, 4, 5 dan 7 (SAN atau ABS)
2. Bagi ibu, bapa yang mempunyai anak yang masih menyusu botol. Pilih dan gunakan botol susu bayi berbahan kaca, atau plastik jenis 4 atau 5. Paling penting, gunakan botol susu bebas BPA.
3. Keselamatan menggunakan botol air juga perlu diambil kira. Jika penggunaan plastik daripada penggunaan bahan polycarbonate tidak dapat dielakkan, janganlah menyimpan air minum ataupun makanan dalam keadaan panas. Hindari penggunaan botol plastik untuk menyimpan air minuman. Jika penggunaan botol plastik berbahan PET (kod 1) dan HDPE (kod 2), tidak dapat dicegah, gunakanlah hanya sekali pakai. Gantilah dengan botol keluli tahan karat atau gelas/kaca.
4. Elakkan memanaskan makanan yang disimpan di dalam plastik, khususnya penggunaan ketuhar. Sebaik-baiknya, anda membungkus makanan terlebih dahulu dengan daun pisang atau kertas sebelum dibungkus dengan plastik pembungkus sebelum dipanaskan.
5. Jika anda mahu menyimpan makanan berminyak atau berlemak, elakkan menggunakan bekas plastik sama sekali. Begitu juga piring dan alatan memasak seperti senduk plastik untuk masakan, perkara ini juga perlu dielak. Gunakan sudu atau senduk keluli tahan karat, kaca, seramik atau kayu adalah lebih selamat.
Oleh: Nadia Seri Dewi & Keluarga

Sunday, September 21, 2014

Tazkirah hari ini 97:[Live]Islam Dan Sains - Prof Dr Roslan

Status Ustaz Zahazan Mohammed

Para tamu yg dikasihi keranaNya,
Hanya utk berkongsi pengalaman dgn kalian sepagi ana bersama sahabat baik ana, yg juga merupakan founder & sekaligus owner pd bisnes sports rangkaian kedai al Ikhsan & AL yang mempunyai lebih 300 outlets dengan bisnes bernilai lebih 1 bil , antara imput yg bermanfaar utk ana, pagi ni ialah :
1. Betulkan niat bila buat bisnes, jadikan ia kerana Allah utk berbuat baik pada manusia.
Al Ikhsan yg telah memulakan perniagaan hampir 20 th telah masak melalui berbagai ujian sepanjang berusahaniaga, seperti hasad dengki & fitnah pihak lain, tapi semua tu tak dipedulikan, sbb apa yg kita buat kerana Allah jangan risau penjagaan dari sisiNya.
2. Jaga hubungan kkluargaan baik sebelah kita mahu isteri, spend quality time dgn mereka. Bagi yg ada ibu ayah, jagalah mereka. ( dlm foto ialah Ibu Kpd Hj Ali boss al Ikhsan )
3. Jujurlah dlm berniaga sebab kita takde modal yg lebih utama dari amanah & jujur
4. Jangan kedekut utk invest pd advertisement sebab ia akan mnjadikan brand kita lebih diyakini bila disebut2 oleh orang.
5. Ambil tahu ttg bisnes kita dgn penuh minat, jangan serahkan bulat2 pd orang sbb mereka takkan faham mcm kita yg set up bisnes ni ..
Sekian . Selamat malam !

SOAL JAWAB AGAMA BERSAMA TG.SYEIKH NURUDDIN MARBU AL-BANJARI AL-MAKKI

SOAL JAWAB AGAMA BERSAMA TG.SYEIKH NURUDDIN MARBU AL-BANJARI AL-MAKKI.
Ditanya Syeikh Nuruddin apakah hukum bagi perempuan yang berniqab menutup aurat tetapi "Berselfie" seterusnya menarik perhatian lelaki ajnabi untuk melihatnya.
Jawapan yang diberikan TG.Syeikh Nuruddin seperti biasa adalah perumpamaan "Apabila kita ingin membeli gelang-gelang getah yang biasa maka kita boleh membelinya di pasar-pasar malam.
Manakala sekiranya kita ingin membeli berlian adakah kita boleh mendapatkannya di pasar-pasar malam?Maka sudah tentu tidak kerana sekiranya kita ingin membeli berlian maka kita akan membelinya ditempat yang dikawal rapi yang mana berliannya disimpan ditempat yang selamat di dalam peti besi.
Persoalannya sekarang.Adakah berlian itu lagi mahal daripada harga diri seorang wanita sehingga mudah untuk ditatapi oleh lelaki ajnabi tidak kira yang boleh menaikkan nafsu ataupun tidak.
Begitu lah perempuan yang menarik perhatian lelaki dengan memasukkan gambar di dalam facebook dan sebagainya sekiranya lelaki sampai tertarik dan sehingga berlakunya perbuatan zina dalam kalangan masyarakat disebabkan oleh gambar-gambar yang dibuat naik maka perempuan itu juga akan mendapat bahagian zina yang dilakukan oleh lelaki itu.
Rasulullah ï·º pernah bertanyakan kepada puteri Baginda Nabi iaitu Saidatina Fatimah macam mana keadaan perempuan yang paling sempurna?Maka Saidatina Fatimah menjawab adalah di saat perempuan itu tidak melihat lelaki dan juga saat dia tidak dilihat oleh lelaki(Tidak memandang dan dipandang).
Keadaan seorang perempuan yang paling dekat dengan keredhaan Allah Taala adalah ketika mereka berada di dalam rumahnya jauh daripada pandangan lelaki.
Pesan TG.Syeikh Nuruddin jikalau seseorang perempuan itu berkenan untuk melamar lelaki yang diminatinya itu maka dia boleh lah menggunakan pendekatan yang lebih baik seperti memberitahu kepada orang lain untuk menyatakan hajatnya kepada lelaki yang diminatinya bukannya memperagakan kecantikannya mundar mundir ke sana dan ke sini baik secara langsung ataupun tidak dengan memasukkan di dalam facebook dan seumpamanya sehingga menjadi tontonan lelaki ajnabi.
Ketahuilah harga diri perempuan itu lebih mahal daripada berlian.Jikalau berlian pun dijaga dan disimpan dengan rapi bagaimana pula dengan harga diri seorang perempuan.
Mohon maaf sekiranya ada yang terasa hati..Sebagai ingatan bersama.Muhausabah diri.

Petua Untuk Penyakit Lelah

Petua Untuk Penyakit Lelah
Pilihan 1: Ambil sebiji buah petola. Buangkan bijinya (buat lubang di tengah-tengah) dan masukkan 2 hingga 3 ketul gula batu ke dalamnya. Kemudian, bakar petola itu sehingga masak dan perahkan petola itu untuk diminum jusnya.
Pilihan 2: Rebus seberapa banyak biji buah mata kucing. Apabila telah mendidih, sejukkan airnya untuk diminum. Amalkan seberapa kerap yang boleh.

APA ITU EPIDURAL

APA ITU EPIDURAL
Apa itu EPIDURAL secara ringkas
Epidural adalah satu suntikan ke dalam satu ruang kecil di belakang anda melalui sebatang jarum yang bengkok dan berlubang. Seorang pakar bius akan mencucuk hujung jarum yang bengkok tersebut ke antar dua vertabrae dan jarum itu pula akan masuk ke dalam ruang di luar lapisan pelindung ykang mengelilingi tulang belakang anda yang dinamakan ruang epidura. Satu tiub halus (kateter) akan disalurkan melalui jarum tersebut dan kemudiannya hanya jarum tersebut yang akan dicabut keluar. Kateter halus itu akan dilekatkan pada belakang anda dan local anaesthetics (kelas dadah yang digunakan untuk menghilangkan daya ransangan) akan disalurkan melalui kateter tersebut untuk mengebaskan bahagian bawah anda.
Cara lain pula, kateter akan dilekatkan pada satu pam kecil yang membolehkan pakar bius mengawal jumlah local anaesthetics yang diperlukan dan pam kecil tersebut akan mengawal suntikan dos yg dilepaskan mengikut masa yang ditetapkan.
Ianya berfungsi sama seperti doktor gigi yang mengebaskan bahagian gusi sebelum mencabut gigi anda. Bahagian tertentu akan dikebaskan dimana saraf yang berfungsi membawa isyarat sakit dari rahim atau serviks anda akan dimatikan dengan epidural ini dalam tempoh tertentu.
Epidural adalah selalunya sangat efektif tetapi akan mengambil masa sekurang kurangnya 30 minit untuk berkesan. Jika anda mengambil suntikan epidural, anda akan tidak merasa perasaan untuk push kerana kesan kebas.
Epidural bukan untuk anda sekiranya :
1. Anda ada masalah darah beku (blood-clot) dan mengambil ubatan mencairkan darah. Maklumkan pada bidan anda sekiranya anda ada masalah ini.
2. Anda pernah dibedah dibahagian belakang badan.
3. Mempunyai kiraan platelet rendah
4. Mengalami jangkitan darah
5. Mengalami pendarahan atau dalam kejutan
6. Pakar bius tidak dapat mencari kawan epidura anda.
7. Jika bukaan kelahiran berlaku secara cepat, tidak akan ada masa mencukupi untuk mengawal dos epidural anda
Faedah mengambil suntikan Epidural:
1. Anda boleh berehat jika proses kelahiran mengambil masa yang panjang.
2. Dengan tidak merasa sakit ketika proses kelahiran, anda mungkin mengalami proses kelahiran yang mudah dan tidak traumatik.
3. Jika anda mengambil epidural kerana caeseran, anda boleh berjaga ketika pembedahan dijalankan dan terlibat ketika proses menyambut bayi. Nak tengok perut anda dibelah pun boleh (atas kebenaran doktor anda dan anda berani !)
4. Epidural amat berkesan dalam memberi anda rehat yang cukup, perasaan tenang dan kekuatan untuk menghadapi proses kelahiran.
5. Kebanyakan kes kelahiran dengan bantuan epidural adalah sukses! Anda tidak perlu takut untuk memina bantuan epidural jika mahu.
Kesan dari suntikan Epidural :
1. Epidural boleh menyebabkan tekanan darah anda turun tiba tiba. Untuk ini, tekanan darah anda akan diperiksa secara rutin untuk memastikan anda dan bayi sihat.
2. Anda mungkin akan mengalami sakit kepala yang teruk akibat kebocoran dari cecair tulang belakang. Jangan risau, hanya 1% yang mengalami kesan sebegini. Jika ini berlaku, satu prosedur yang dipanggil “blood patch' akan dibuat dimana darah anda akan disuntik kedalam bahagian epidura untuk menghilangkan rasa sakit kepala itu.
3. Selepas di suntik epidural, anda hanya akan terbaring secara mengiring sebelah ke sebelah dan akan di monitor denyutan jantung bayi. Terbaring mengiring mungkin boleh memperlahankan/melambatkan proses kelahiran.
4. Antara kesan sampingan : menggigil, telinga berdesing, sakit belakang, kebas kebas di tempat jarum dicucuk, loya dan kesukaran kencing.
5. Epidural boleh menyebabkan kelahiran bayi memerlukan bantuan sampingan seperti Pitocin, forceps, vakum dan caeserean (sekira epidural kelahiran normal).
6. Setelah beberapa jam selepas kelahiran, anda mungkin akan masih tidak merasa apa apa di bahagian bawah badan dan memerlukan bantuan untuk bergerak.
Jika anda tidak pasti tentang suntikan epidural semasa kelahiran nanti, berbincang dengan doktor perbidanan anda kerana terdapat pelbagai cara lain untuk mengurangkan rasa sakit ketika bersalin. Tetapi jangan risau sekiranya anda ingin menempuhi alam kelahiran dengan relaks santai menggunakan epidural. Insyallah, dengan bantuan pakar bius dan mereka yang terlibat... epidural tidak akan mendatangkan sebarang masalah. Rehat dan tenaga yang mencukupi sebelum proses meneran kelahiran adalah sangat sangat penting.
Selamat menerima orang baru