Wednesday, December 18, 2013

Signs of Jinn possession (Read just in case it might apply to you)



Signs of Jinn possession (Read just in case it might apply to you)

*1. Feeling a heaviness on the shoulders and/ or head or head ache when standing up for salah.

*2. Feeling a movement (actual movement or like a pulse) or a pain (can be moving pain) or burning (part of the body becoming hot) or pins and needles, numbness, shaking, fear, anxiety when listening to the Quran with ear phones with a loud volume.

*3. Dislike of reading or listening to Quran, urge to turn it off, or agintated and irritated or angry (opposite of tranquility)

*4. Aniexty or fear of going to the masjid or feeling uncomfortable in the masjid or getting head aches or during islamic lectures etc.

5. Dislike of azan.
6. Insomnia (either can’t sleep to very late and just before fajr feeling very tired, or broken sleep)

*7. Nightmares-
Some jinns are black dogs, snakes and lions, rats, carnivorous animals and give birth to the same type of jinns.

Others are flying jinns so u see men flying in the dream, others are earth bound ones but are very ugly so they chase you.

Some take pleasure by causing a person to have a wet dream.
These nightmares will be quite frequent ie. Always seeing one self being chased by a black dog, or a lion, snake or a ugly man.

Seeing a lion caged up.
Seeing a tall bold headed man.
Seeing snakes around you or trying enter the house etc.
Every case is different.

8. Anxiety- Fear of sleeping and fear of dying for no reason. Sometimes at night other times at maghrib time

*9. Urges or thoughts to jump off bridge or commit suicide or go to the park at maghrib time or at night alone!

*10. Hearing voices in the head, sometimes a clear distinct voice.
11. Prefering to keep one self away from family and like to alone.
12. Prefer not to have showers or keep one self clean.
13. Uncontrollable or irrational anger.
*14. Obscene thoughts during salah- pornographic or even kufr things like throwing the Quran.

15. Urge to push people or babies down the stairs.
You will know as soon as you read these signs if they apply to you or not. No need to concentrate and force your self to believe these things apply to you.

The ones with the red astrix * are the ones that need to watch for….

Sihr is almost always accompanied by a jinn possession, so the above signs will apply to sihr too.

IF YOU HAVE EXPERIENCED THE ABOVE THEN IT'S BEST YOU DO FIRST ROQIYAH ON YOURSELF AND DON'T ASK ANYONE TO DO RUQIYAH ON YOU, UNLESS HE USES ONLY THE QURAN (to recite on you) AND NOTHING ELSE, IF HE USES SOMETHING OTHER THAN THE QURAN HE IS A MAGICIAN, STAY AWAY FROM HIM.

Here is a video on how to do ruqiyah on yourself:
please watch: http://www.youtube.com/watch?v=ptB1XmEw4XQ

If you have questions or need help then pls contact us on this page:
https://www.facebook.com/ExposingShaytan

Khasiat Makanan

Khasiat Makanan 

1. Bawang Putih - Bawang putih elok untuk memanaskan badan. Khasiatnya membuang angin dan menggalakkan pengeluaran air mani. Minyaknya digunakan untuk merawat gigitan serangga.

2. Jintan Manis - Jintan manis melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu badan dan membuang gas dalam usus. Boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu di sekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata. 

3. Epal - Epal masam lebih sejuk daripada yang manis. Ia juga boleh menguatkan organ hati.

4. Asparagus - Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak.

5. Pisang - Pisang menyejukkan badan dan boleh dimakan dengan madu lebah.

6. Barli - Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yang demam.

7. Selasih - Selasih berkhasiat menguatkan organ hati, memudahkan tidur dengan cara menyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air.

8. Mentega - Mentega khasiatnya memanas dan melembapkan. Baik untuk menghilangkan sembelit. Mentega dicampurkan dengan kurma dan madu lebah dapat menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil.

9. Lobak Merah - Memanaskan badan dan melancarkan aliran haid dan air kencing.

10. Biji Kopi - Ubat penyakit buang air besar berdarah, menghilangkan dahaga.

11. Ayam - Memudahkan penghadaman, membetulkan imbangan badan, baik untuk otak dan badan, serta mencantikkan rupa paras. Bagaimanapun jika dimakan terlalu banyak boleh menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah daging ayam betina tidak bertelur.

12. Kulit Kayu Manis - Kulit kayu manis juga pemanas badan. Minyaknya sebagai penawar untuk menghapuskan rasa tidak hadam. Ia adalah campuran (rempah ratus) yang digunakan dalam resipi masakan hampir tiga suku penduduk dunia.

14. Telur - Khasiat telur yang paling baik boleh kita dapati daripada telur ayam (setengah masak atau masak), bukan direbus keras. Putih telur melegakan apabila kita melecur atau kulit terbakar dan menghilangkan parut pada kulit.

15. Ikan - Khasiat ikan air tawar lebih baik terutama yang makan tumbuhan, bukan makan lumpur dan benda seni dalam air. Ikan tidak dimasak sukar hadam.

16. Halia - Halia berkhasiat membantu penghadaman dan memanaskan badan.

17. Madu Lebah - Madu lebah mempunyai pelbagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu paling berkualiti ialah yang dikeluarkan dalam musim bunga, seterusnya musim panas dan yang kurang berkualiti dalam musim sejuk.

AAM; 13-12-13, Tazkirah:"Jalan Menuju Cinta Allah; Banyakan Zikrullah da...

Tuesday, December 17, 2013

Buttermilk,heavy cream & roux water oleh noor abdul rahim


salt dough hand ornament..boleh laa cuba buat sesuai untuk kanak2


Petua Untuk Tajamkan Penglihatan

Petua Untuk Tajamkan Penglihatan 

1. Amalkan meminum air suam setiap hari.

2. Mandi pada waktu subuh iaitu sewaktu bangun tidur dengan siramkan air dari hujung kaki hingga kepala.

3. Amalkan memakan buah-buahan seperti epal, anggur dan lobak putih setiap hari.

4. Banyakkan melihat pemandangan yang jauh dan serba hijau seperti pokok dan lain-lain tumbu-tumbuhan yang hijau.

[Live]Tafsir Surah Al-Baqarah - Ustaz Subri Arshad

RESEPI BAMIA DAGING:

RESEPI BAMIA DAGING:

BAHAN-BAHAN PERLUKAN:

1/2 kg. Daging lembu atau kambing dipotong dadu.
1/2 kg. kacang bendi dibuang tangkai, sekiranya panjang.
1 biji bawang besar dibelah enam (vedges).
1/2 sudu kecil lada hitam ditumbuk kasar.
1 sudu kecil serbuk jintan putih.
1 sudu besar serbuk cili. (ikut kepedasan yang anda kehendaki- boleh juga gunakan cili kering kisar dalam 15 biji. Tetapi untuk complexion warna mamak haji pilih cili serbuk.)
1 sudu kecil serbuk ketumbar - goreng biji ketumbar dan dikisar halus.
1 sudu besar pes halia bawang putih (sekinya tidak ada pes, gunakan 3 biji bawang putih dan 2cm halia ditumbuk halus).
1 sudu kecil tomato puree.
1/2 tin sup tomato (250gm).
1/2 tin susu cair.
1 sudu kecil garam atau secukup rasa.
2 biji bawang dikisar dan jadikan 2 cawan air bawang.

Bahan untuk tumis: (sekiranya anda punyai garam masala, gunakan 1/2 sudu kecil dan tak perlu gunakan rempah penumis seperti dibawah ini.

2 kuntum bunga lawang.
1 keping kulit kayu manis.
5 bunga cengkih.
5 biji buah pelaga.

CARA PENYEDIAAN:

1. Basuh daging dan potong kiub. Lumurkan daging bersama dengan sedikit garam, lada putih dan 1/2 sudu besar pes halia bawang putih. Biarkan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 30 minit.
2.Basuh kacang bendi dan potong tangkainya kalau terlalu panjang potong dua.
3. Sediakan kuali. Bila kuali panas, masukkan minyak masak, bila minyak panas masukkan bunga lawang, kulit kayu manis, bunga cengkih, dan buah pelaga. Bila rempah ini mengeluarkan bau haruman masukkan baki halia bawang putih dan bawang yang telah dipotong vedges. Layukan bawang.
4. Masukkan lada hitam, serbuk jintan putih, serbuk ketumbar dan serbuk cili (peskan serbuk cili dengan sedikit air sebelum masukkan, kacau sebati daging dengan rempah sehingga bangkit bau harum rempah. AWAS jangan sampai terbakar rempah.
5. Masukkan segera daging yang telah peram. Kacau sebati daging. Kecilkan api dapur dan biarkan daging masak dengan air dagingnya. Tutup dengan penutup. Sekali sekala buka tudung dan kacau. Sekiranya air kurang untuk masak daging itu tambahkan. Masak daging ini dengan cara simmering/renehan. Sekiranya anda punyai "pressure cooker atau slow cooker" ia amat mudah lakukan.
6. Bila daging telah masak 3/4, masukkan air bawang dan didihkan kembali. Air bawang adalah untuk dijadikan kuah. Bila air bawang mula didih dan daging sudah masak secukup, masukan sup tomato, susu cair dan garam secukup. sekiranya anda inginkan kuah pekat dan berlemak boleh tambah 100gm santan pekat dalam kuah tersebut. Biarkan kuah mereneh/simmering dan jadikan kuah pekat. Awas dengan daging. Sekiranya anda takut daging akan lerai, mulakan dengan daging 3/4 masak.
7. Akhir sekali masukkan kacang bendi dan masak dengan api dapur kecil selama 10 minit lagi. Bamia anda telah siap. Anda boleh hidangkan dengan daun pudina atau daun ketumbar diatas hidangn anda. 

Petua Senaman Untuk Kempiskan Perut

Petua Senaman Untuk Kempiskan Perut

1. Baring di atas permukaan rata. Bengkokkan kedua belah kaki dengan tapak kaki terletak di atas permukaan. Angkat punggung perlahan-lahan sambil menahan nafas. Angkat setinggi yang boleh. Amalkan 2 kali sehari. Hasilnya akan kelihatan.

2. Selain itu, amalkan juga memakan satu biji tomato yang sedang besarnya dan tidak begitu ranum.

Petua Untuk Membuang Lemak Badan



Petua Untuk Membuang Lemak Badan

Pilihan 1: Ambil 3 - 5 biji putik delima, basuh bersih dan tumbuk hingga lumat. Perah airnya dan minum pati perahan putik delima tanpa dicampur bahan lain. Amalkan setiap hari di waktu pagi dan malam, selama 1 bulan. Jika anda disiplinkan diri untuk menjaga pemakanan dan selalu bersenam, lemak yang berlebihan bukan menjadi masalah lagi dan bentuk badan idaman dapat dicapai.

Pilihan 2: Air asam jawa elok dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak 1 gelas. Masukkan ke dalam peti sejuk. Jadikan ia minuman anda selepas makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari dan anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.