Monday, December 16, 2013

HEALTH BENEFITS OF GUAVA

HEALTH BENEFITS OF GUAVA~~~~~~~~~~~

1. Rich in Calcium, Potassium, Iron, Fiber, Vitamin A-B-C and Content Folic and Nicotinic Acid.

2. Prevents Prostate Cancer and High Blood Pressure.

3. Remedy for Prolonged Menstruation, Asthma, Acidosis, Catarrh.

4. Cough and Cold Fighter, acts as a Respiratory track disinfectant.

5. Relief Constipation, improve Digestion system, helps Losing Weight.

6. Battles Diabetes by lowering blood glucose levels and avoid scurvy.

SHARE WITH EVERYONE

Bahaya mati jahil [151112] - Ustaz Mutalib Maarof

Petua Untuk Menghilangkan Gris Di Pakaian

Petua Untuk Menghilangkan Gris Di Pakaian 

Titiskan satu sudu besar minyak tanah dan sapukan rata-rata dengan sedikit sabun serbuk atau sabun buku. Biar seketika, kemudian sental kuat-kuat. Ulangi beberapa kali sehingga kesannya hilang.

benefits of fasting once a week


Petua Untuk Mengatasi Kencing Tiris atau Salasul Baul

Petua Untuk Mengatasi Kencing Tiris atau Salasul Baul

a. Ada kes tertentu di mana orang lelaki menghadapi sejenis penyakit yang dinamakan ‘kencing tiris’ atau kencing tak lawas (‘salasul baul’). Lazimnya, ketika sujud dalam solat, air kencing akan didapati menitis, samada setitis sahaja dan mungkin ada juga yang mengalami lebih daripada itu.

b. Hal ini akan menimbulkan gangguan dan keresahan bagi lelaki yang menghidapinya, kerana rasa bersalah, rasa solat terganggu dan perlu membersihkan peralatan solat seperti kain solat, sejadah dan lain-lain untuk solat yang seterusnya.

c. Ada pun menurut ilmuan feqah (fuqaha), hukum solat seseorang yang menghidap penyakit ini adalah sah, kerana air kencing itu tidak dapat dikawal, sesuai dengan firman Allah:

Maka, bertaqwalah kalian kepada Allah menurut kemampuan kalian. - At-Taghabun, 64: 16

Juga hadis Nabi s.a.w.: Sabda Rasulullah: “Apabila aku perintahkan sesuatu perkara, maka kerjakanlah semampu kalian.” - Muttafaqun 'alaihi.

d. Akan tetapi, sekiranya ‘salasul baul’ ini benar-benar diyakini [bukan suatu sangkaan], maka anda hendaklah berwudhu setiap kali hendak menunaikan solat dan membersihkan pakaian anda. Apabila anda telah berwudhu, anda tidak perlu menghiraukan air kencing yang keluar antara wudhu dan solat anda. Inilah yang dijelaskan oleh Syaikh Abu Malik Kamal bin As-Sayyid Salim dalam kitab “Shahih Fiqih Sunnah”. Menurut beliau, perkara yang sama dilakukan bagi orang yang menghadapi masalah ‘salisul madzi’ (air madzi keluar terus menerus) dan wanita yang menghadapi masalah istihadhah.

e. Para ulamak fuqaha ada menyebutkan beberapa kaedah untuk mengatasi masalah ini. Antaranya ialah, selepas selesai membuang air kecil, lakukan istibrak (berdehem-dehem), atau mengurut-urut bahagian bawah kemaluan (antara dubur dan qubul) dengan jari atau menggerak-gerakkan kaki (seperti orang berjalan).

f. Menurut Syaikh Ibnu Jibrin pula dalam “Fatawa Islamiyyah”, anda harus membasuh kemaluan anda dengan air yang sejuk setiap kali anda selesai membuang air kecil kerana perkara itu akan menghentikan keluar air kencing.

g. Kaedah-kaedah yang disarankan oleh ulamak fuqaha ini memang berkesan. Walaubagaimana pun masih ada sebilangan kes di mana, walaupun telah beristibrak, mengurut-urut dan lain-lain, namun, masih didapati air kencing menitis ketika solat. Caranya ialah, selepas selesai membuang air kecil, beristibrak dan mengurut bahagian yang disebut tadi, lakukan kemutan pada otot-otot dubur, (umpama ketika hendak memutuskan najis ketika membuang air besar). Lakukan kemutan ini dengan kadar perlahan, dan makin lama makin kuat (kira-kira 30 saat atau lebih) dan akhirkan kemutan dengan satu kemutan yang kuat. Seterusnya, basuh bahagian yang perlu dibasuh, dan ambil wudhu dan solath.

h. Ketika membasuh anggota sulit, bacalah niat istinjak:

نويت ايستينجا' ا' مينال باولي للهتعال

TAFSIR AL QURAN SURAH AD DHUHA OLEH AF USTAZ ZAHZAN

Sunday, December 15, 2013

vitamin boosters


Petua Untuk Menghilangkan Sakit Kepala

Petua Untuk Menghilangkan Sakit Kepala

Pilihan 1:

Amalkan meminum 1 sudu teh 
- cuka nipah, atau
- cuka biasa, atau
- air asam jawa, atau
- air limau nipis

Pilihan 2: Ambil segenggam daun turi, 7 biji lada dan beberapa ulas bawang putih. Tumbuk kesemua bahan sehingga halus.Tambahkan 1 sudu besar cuka dan perapkannya seketika. Sapukan campuran tersebut di atas kening anda.

Pilihan 3: Ambil sebiji bawang putih, hiris nipis dan tampal pada kiri dan kanan pelipis. Bawang tersebut akan menyedut bisa pada kepala dan biarkan semalaman. Hirisan bawang akan tanggal sendiri apabila mengering dan sakit akan beransur hilang. Pelipis akan berwarna merah kehitaman tetapi akan mengelupas dalam sehari dua.

Pilihan 4: Ramas beberapa helai daun sirih di dalam mangkuk yang berisi air. Kemudian basahkan kepala dengan air dan daun sirih tersebut, sambil memicit-micit kepala selama 15 minit.

Pilihan 5: Tumbuk 8 helai daun sawi hingga lumat. Campurkan dengan sedikit garam dan lumurkan serta gosokkan perlahan-lahan pada dahi dan pelipis.

Pilihan 6: Ramas asam jawa sebesar telur ayam dengan secawan santan lalu tapis. Kemudian basahkan kepala dengan air suam dan bungkus. Biarkan ia kering di kepala, barulah basuh bersih. Rasa sakit akan berkurangan.

Pilihan 7: Tumbuk 2 atau 3 helai daun setawar hingga lumat. Kemudian tempekkan di kepala dan balutkan. Biarkan semalaman.

Pilihan 8:
Rebus beberapa biji kulit manggis dengan 3 gelas air. Biarkan sehingga airnya tinggal 1 gelas sahaja. Tapis dan buangkan hampasnya. Berkumur setiap hari tetapi jangan sampai terminum pula airnya.

Pilihan 9: Ambil daun lemuni (batang yang lembut sahaja) lebih kurang 1 kilo. Masukkan ke dalam sarung bantal dan tidurlah menggunakan bantal tersebut. Amalkan 2 hingga 3 hari dan anda akan berasa segar dan ringan kepala.

reasons why sugar destroys your health


RESEPI MEE UDANG PULAU PINANG oleh mamak haji

RESEPI MEE UDANG PULAU PINANG:

Bahan-Bahan:
- 1 kg. Mee kuning.
- 1 1/2 kg. Ubi keledek oren atau 1kg ubi keledek + 1kg Ubu kentang. Dibuang kulit dan dilenyek.
- 1 kg. Udang besar atau 'A'. pisahkan kepala udang. Kepala udang telah diasingkan digoreng tanpa minyak sehingga kemerahan. Rebus kepala udang kira-kira 20 minit. Sejukan rebusan dan mengisar rebusan air dan kepala udang tersebut sehingga halus. Tapis hasil pengisaran tersebut dan asingkan untuk menjadikan kuah mee udang.
- Bahan-Bahan untuk hiasan hidangan: 3 tangkai daun bawang dihiris halus, 3 biji cili hijau hiris halus,2 biji cili merah dihiris halus, 3 keping tauhu digoreng dan dihiris dadu, 4 biji telur rebus dibelah dua, 5 biji limau kasturi dibelah dua, sedikit bawang goreng.

BAHAN-BAHAN UNTUK TUMISAN:
- 8 biji bawang merah (kecil). Di kisar.
- 3 ulas bawang putih.Di Kisar.
- segengam (10-15 tangkai) cili kering, direbus dan di kisar (malas pakai cili giling 3 sudu besar). Ikut suka pedas anda.
- 1 in. halia. Dikisar.
- 2 sudu besar sos cili.
- 2 sudu besar sos tomato.
- 2 sudu besar Nam Prik Pao ( pes tomyam). Ingat lagi?. Mamak haji dah posting bagaimana cara menyediakan "Pes Tom Yam Nam Prik Pao" ini.
- minyak untuk menumis dan gula dan garam yang secukup rasa.

CARA-CARA PENYEDIAAN KUAHNYA;
1. Masukkan minyak masak dalam periok sedang. Apabila minyak mulai panas masukkan bawang putih, bawang merah, halia. Apabila naik bau harum masukan cili giling tunggu hingga miyak terbit.
2. Masukkan cili sauce dan tomato sauce dan juga pes tomyam. Masukkan air rebusan kepala udang yang telah kisar dan tapis kedalam periok. 3. Masukan ubi keledek yang telah lenyek ke dalam periok. Kacau rata. Kepekatan kuah terpulang pada Ubi yang telah dilenyek. Sekiranya kuah nya pekat bolehlah ditambah air. Biar kuah mendidih.
3. Masukkan udang yan dibuang kepala (selamat untuk anak-anak makan), garam dan gula yang secukup. Jangan masak udang terlalu lama dalam 5-8 minit sudah memadai.
4. Kecilkan api. Kuah ini perlu sentiasa dalam keadaan panas untuk dihidangkan. Hidangkan dengan menuang kuah selepas hiaskanlah dengan bahan-bahan hiasan yang telah diberikan.

RESEPI MEE UDANG PULAU PINANG:
BAHAN-BAHAN DIPERLUKAN:
1. Mee Kuning 1kg (untuk sepuluh pingan).
Penyediaan Mee:
Mee dihidangkan perlu direndam air panas untuk dimasak setengah dan apabila kuah yang panas di masuk mee ini akan masak secukup. Untuk keluarga kita kena lakukan demi menjaga kesihatan. Mee yang disediakan untuk dicelur dalam air yang panas tidak memerlukan kemahiran. Untuk penyediaan dirumah: Panaskan air dan sehingga mendidih. Tutup api dapur. Sebelum keluarkan mee dari bungkusan tepuk bungkusan mee ini dalam semua arah supaya mee ini tidak tergumpal. Keluarkan dari bungkusan dan menguraikan mee supaya gumpalan dileraikan. Masukkan kedalam air panas cuma 30 saat dengan serta merta keluarkan mee itu dengan menggunakkan penapis dan masukkan dalam besin yang disediakan dengan air sejuk (paip). Ini bertujuan mee itu tidak akan masak lagi dalam suhu kepanasan sendiri. Keluarkan mee tersebut dari besin apabila suhu kepanasan mee telah kembali pada suhu berkeadaan biasa (jangan terlalu lama ia akan menyebabkan mee tersebut menyerap air dalam besin tadi akan kembang). Toskan mee itu dan campurkan sedikit minyak masak supaya mee yang dimasak separuh masak tadi dalam keadaan asal dan juga tidak cepat kering kalau terbiar di atas meja. Wow! susah juga ya...tapi kita kalau cuba selalu ia akan menjadi mudah dan segala bahan kimia yang digunakan untuk pengawetan mee boleh dihindarkan demi kesihatan keluarga.