Tuesday, November 26, 2013

RESEPI ASAM PEDAS MELAKA IKAN TEMENONG/KEMBONG: oleh mamak haji

RESEPI ASAM PEDAS MELAKA IKAN TEMENONG/KEMBONG:

BAHAN-BAHAN:
- 6 ekor ikan kembong dibersihkan, di garam sedikit dan berserbuk kunyit untuk digoreng 50% untuk keraskan sedikit isinya LUAR supaya tidak hancur sangat bila masak.

Bahan-Bahan Untuk Kisar*:
- 30 tangkai cili kering/dipotong melintang serong 45 darajah 10 mm/direbus dan dibuang bijinya sebelum dikisar.
- 5 ulas bawang putih.*
- 10 ulas bawang merah (kecil)*.
- 1 inci kunyit hidup*.
- 2 inci halia*.
- 1 1/2 belacan bakar*.
- 1 cekak ikan bilis*.

- 3 helai daun limau purut keluarkan urat tunjang daun.
- Asam jawa bersaiz buah lemon.
- 2 btg serai diketuk.
- 1 cawan daun kesum.
- 1 cawan kobis masin (mamak haji tukarkan pada nenas kerana kobis masin jeruk buatan orang kita sukar diperolehi).
- 3 kuntum bunga kantan dibelah dua.
- 3 sudu besar gula pasir (terpulang kepedasan yang diperlukan).
- Garam dan minyak untuk menumis.

CARA MENYEDIAKAN:
1. Panaskan minyak (biar minyak lebih sedikit dari kebiasaan) dan tumiskan bahan-bahan kisaran tadi sehingga naik minyak. Tambah gula untuk jadikan tumisan merah menyala hehehe!. Gula juga boleh mengawal kepedasan masakkan yang kita kehendaki. Kalau mengawal jumlah cili mungkin kemerahan kuah tidak menjadi seperti asam pedas tetapi jadi seperti warna kuah laksa.
2. Masukan perahan asam jawa dan juga air tambahan. Terpulang pada anda kelikatan kuah yang anda kehendaki dengan tambahan asam jawa dan juga air. Biarkan kuah anda mendidih.
3. Masukkan seari diketuk, daun limau purut, daun kesum, potong nenas dan juga bunga kantan kedalam kuah. Perlahankan api dan bawa kuah anda ke keadaan renehan.
3. Sekiranya kuah anda pekat tambahkan air. Masukkan ikan dan mereneh dalam 20-30 minit. Jangan kacau kuah anda bila telah masukkan Ikan supaya ikan tak mudah hancur.
4. Bila minyak mula terapung di atas permukaan keseluruhan kuah, matikan api dapur dan boleh lah hidangkan.
NOTA: Mamak Haji cuma mengolah sedikit resepi Putra Bugis Temasek iaitu tidak tumbuk daun limau purut bersama ikan bilis kerana..kerana cuma inginkan aroma daun limau purut dan bukan rasanya..tambahan ikan bilis dalam resepi ini ialah kita goreng ikan untuk mengekalkan bentuk dan isi ikan tidak hancur semasa masak maka rasa ikan tidak akan diperolehi, maka ikan bilis mengambil peranan untuk menjadi stok ikan/rasa ikan itu berada seperti asal. Idea masakan yang terbaik ini boleh juga diguna pakai bila buat sup ikan. Dalam masakan sup ikan pun kita perlu goreng ikan itu sebelum buat sup. Tambahan ikan bilis seperti ini akan tambahkan lagi kelazatan sup ikan kita.

Petua Untuk Mengecutkan Peranakan



Petua Untuk Mengecutkan Peranakan

Bagi wanita yang mengalami masalah peranakan kembang atau lepas kedatangan haid bolehlah makan pucuk pegaga dengan buat ulam atau gulai. Amalkan setiap hari sehingga peranakan kecut.

Petua Untuk Menghalau Semut Di Rumah



Petua Untuk Menghalau Semut Di Rumah

Pilihan 1: Masukkan beberapa keping asam gelugur (asam keping) atau beberapa kuntum bunga cengkih ke dalam bekas gula untuk menghalau dan mengelak semut. Bau asam keping atau bunga cengkih tidak menghilangkan atau menukar rasa manis gula.

Pilihan 2: Siat-siat beberapa helai daun sirih dan taburkan pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.

Pilihan 3: Letakkan beberapa tangkai cili kering pada timbunan gula. Ini menghindarkan semut menghampiri gula.

Pilihan 4: Celup kain bersih ke dalam minyak masak dan ikat kain tersebut pada tempat yang dikerumuni semut seperti baling gula, keliling meja dan sebagainya.

Pilihan 5: Masukkan beberapa biji bawang merah ke dalam bekas gula. Tidak perlu kupas kulit bawang tersebut.

Pilihan 6: Bakar kulit telur hingga menjadi abu. Tabur abu ini pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.

bismillah 6


Granny’s Coconut Cake

Granny’s Coconut Cake

5 eggs, separated, leave at room temperature for half hour
2 cups sugar
1/2 cup butter, room temperature
1/2 cup coconut oil, room temperature
1 tsp coconut extract
1 tsp teaspoon vanilla extract
1 1/2 heaping cups well sifted all purpose flour
1/4 cup well sifted cornstarch
1 tsp baking powder
1/2 tsp baking soda
1/4 tsp salt
1 cup buttermilk
2 cups flaked coconut, chopped
1/4 teaspoon cream of tartar
Frosting, see below

Preheat oven to 325 degrees F. Grease and flour two 9 inch round baking pans

In large bowl, beat together well sugar, butter and oil, add egg yolks, one at a time, beating well after each addition; add extracts blend in well.

Combine well sifted flour, cornstarch, baking powder, baking soda and salt; add to creamed mixture alternately with buttermilk, beating well after each addition. Stir in coconut.

In another bowl beat together well cream of tartar to egg whites until stiff peaks form. Fold a part of the stiffly beaten egg whites into batter, fold in remaining portion.

Pour into prepared baking pans. Bake 25 to 30 minutes or until a toothpick inserted in center comes out clean. Cool 10 minutes; then transfer cakes to wire racks to cool completely.

Frosting:
11 ounces cream cheese, room temperature
2/3 cup butter, room temperature
4 heaping cups confectioners' sugar
1 tsp coconut extract
2 cups flaked coconut, toasted

In small bowl, beat cream cheese and butter until fluffy; add confectioners’ sugar, extract and beat until smooth.

Place one cake layer on a serving plate top side down; spread with frosting then sprinkle with toasted coconut. Top with remaining cake layer, top side down; spread remaining frosting over top and sides of cake; sprinkle with remaining coconut.

Chill in Refrigerator a few hours or over night before serving. Store leftovers, if any, in refrigerator.

[Live Tertunda]Ceramah Jemputan Khas - Ustaz Yusra Triple Y

kek nestum cokelat kukus

Kek Nestum coklat kukus:(my new resepi) Oleh:Norliza Isa Like:www.facebook.com/bukuresepi Bahan2: *2cawan self raising flour *2sudu makan tpg kastard *1/2sudu makan baking powder (Bahan * ayak) # 1/2cwn serbuk koko # 1cwn gula(sy kurangkan ckit) # 1cwn air (Bahan # masak atas api perlahan smpi sebati..sejukkan kejap) -1cwn marjerin -6sudu makan susu pekat -3bj telur gred AA -2cwn Nestum Cara: -pukul marjerin&susu pekat sampai kembang -masuk bahan * & telur..pukul sampai kembang lg -masuk bahan # .pukul sebati -masuk nestum.kacau dgn senduk bg sebati -tuang dlm loyang yg d sapu myk -panaskan periuk kukus -masuk adunan kek..kukus 40-45minit Siap Selamat mencuba

Papaya the health wonder



~~~Papaya the health wonder~~~~~

1.Papaya is a fruit that is rich in fiber and lowers cholesterol levels. It contains enzymes that help prevent oxidization of cholesterol, which in return helps to prevent heart-attacks.

2.The antioxidants in papaya help in controlling premature ageing. This quality of papaya helps you to get a younger look.

3.Papaya contains a high amount of potassium and the flesh of papaya is very high in Vitamin A.

4.Papaya seeds and leaves are useful in treating intestinal worms found in the body.

5.Papaya helps prevent constipation and also aid in digestion. Papaya contains the protein called papain which is a digestive enzyme that helps in natural digestion process.

6.Papaya juice helps in alleviating infections of the colon by clearing away the infection, pus and mucus. Regular consumption will help in improving the problem.

7.The skin of papaya is excellent for treating skin wounds and places that do not heal quickly.

8.Papaya is low in calories and high in nutritive value hence it is an excellent food for those on a diet.

9.Regularly consuming papaya helps to relieve morning sickness and nausea.

10.Papaya has anti-inflammatory properties and anti-cancerous properties. The anti-inflammatory properties in papaya will help reduce pain for those suffering from arthritis, edema and osteoporosis.

11.Papaya is very good for those who frequently suffer from cold, cough or flu because intake of papaya boosts the immune system. The high concentration of Vitamin C and Vitamin A contained in papaya is very beneficial to strengthen the immune system.

12.Papaya is also very good for the hair and helps in controlling dandruff. Papaya shampoos are good for the hair and are available in many health stores.

13.Raw papaya also helps in reducing menstrual irregularities for women. Papaya helps to ease the condition by promoting natural flow of menstruation.

14.Papaya cleans the stomach and studies have shown that papaya alone eaten for 3 to 4 days has a highly beneficial tonic effect upon the stomach and intestines.

All the parts of the papaya fruit are useful and beneficial. Right from the seeds to the papaya leaves and the flesh of the fruit, all of it has some value. Both the inside and the outside of the fruit can be utilized .Thus no part of the fruit is useless or goes as a waste.

RESEPI SOTONG MASAK MASALA (KARI PEKAT) NASI KANDAR.

RESEPI SOTONG MASAK MASALA (KARI PEKAT) NASI KANDAR.

BAHAN-BAHAN:
-1 kg Sotong putih (sarat telur). Persediaan seperti keterangan di atas.
-100 gm rempah serbuk kari jenis daging/ayam. ( 1/2 bungkusan 250gm serbuk kari).
- 1 biji bawang besar labu (sedang) dihiris. (hirisan bawang untuk masakan resepi nasi kandar perlu di potong menegak bawang atau memanjang).
- 2 biji bawang labu (sedang) di kisar.
- 2 sudu besar Pes bawang putih dan Halia.
- 1 sudu kecil serbuk jintan putih.
- 1 sudu kecil serbuk kas-kas (tidak kemestian)
- 1 sudu kecil serbuk cili (tidak kemestian cuma sekiranya ingin lebih pedas, warna kari anda juga boleh bertukar kemerahan yang cantik).
- 1 sudu kecil gula pasir.
- 2 kulit kayu manis, 7cengkih, 3 bunga lawang dan 5 buah pelaga.
- 2 - 3 ranting daun kari.
- 3 cili merah dibelah dua memanjang.
- 1 pokok Daun bawang dipotong 2 inci.
- 100 gm santan pekat atau (4 tbsp yogurt atau 1/2 tin susu cair).
- Minyak Masak untuk tumis dan Garam secukup.

CARA-CARA:
1. Bila kuali panas masukkan minyak masak. Bila minyak panas, tumis rempah garam masala ( 4 serangkai). Bila bau haruman naik, masukkan bawang hirisan dan cili merah. Agak hirisan bawang mula bertukar warna keemasan, masukkan pes bawang putih dan halia dan daun kari. Bila mengeluarkan bau haruman(jangan sampai hangus!), masukkan air bawang kisar. (air bawang kisaran adalah cara masak lauk nasi kandar supaya kuahnya pekat dan tidak ada lapisan air terapung di atas kuah kari bila ia sejuk.).
2. Bila air bawang mula mendidih (sekiranya anda masak tak tumis betul bawang kuah anda akan berbuih seperti basi apabila ia dihidangkan) masukkan serbuk kari, serbuk jintan putih, jintan manis dan kas-kas. Tambahkan air rebusan sotong yang telah ditapis. Kacau rata biarkan kuah mendidih dan menjadi pekat sedikit. Masukan santan pekat atau susu cair mengikut selera anda. Kuah jangan terlalu pekat semasa memasak kerana ila sejuk kuah akan semakin pekat. Tunggu hingga kuah mendidih. jangan terlalu didihkan kuah anda kerana kalau santan ia pecah minyak kalau susu ia akan bergentel.
3. Masukkan sotong yang telah rebus dan sehingga sotong itu masak 1/4 bahagian lagi. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Masukan hirisan daun bawang. Kacau serata. Sotong tak perlu masak terlalu lama. Sekiranya kuah anda pekat tambahkan air rebusan sotong. Pastikan kuah tidak terlalu cair. Mamak haji tidak dapat beri sukatan yang tepat mengenai kepekatan kuah ini. Ikutlah kepekatan kuah mengikut selera anda. Kalau anda tidak mahu rasa kari terlalu kuat kurangkan rempah kari. 

CARA MENYEDIAKAN SOTONG UNTUK MASAK.
Cara bersihkan sotong dalam masakan nasi kandar berlainan sedikit dari yang biasa. Ramai yang tak tahu bagaimana sotong nasi kandar bahagian kepalanya masih bercantum dengan badan sotong dalam masakan nasi kandar. Ada juga yang cucuk lidi untuk mengekalkan keseluruhan sotong untuk mengelak kepala bercerai dari badannya. Cara cucuk lidi itu OK tetapi bila cabut lidi selepas masak nampak hodoh sotong itu seperti kena bunuh..hahaha. Ini sebahagian Tip-Tip membersihkan sotong untuk masakan resepi nasi kandar. Sotong yang beli perlu basuh bersih dahulu. Tarik kepala sotong dengan cermat sehingga anda jumpai pundi dakwat sotong. Dengan cermat keluarkan dan buang pundi dakwat sotong (ia seperti pundi hempedu ayam berwarna kehitaman). Sekiranya pundi dakwat itu pecah dan dakwat hitam percik tidak mengapa. basuh bersih sotong itu. Masukkan kembali kepala sotong ke dalam badan sotong dengan cara menekan masuk. Jangan tarik keluarkan tulang belakang sotong itu, nanti lembik pula sotong itu. Rebus sotong sehingga 3/4 masak. Jangan gunakan terlalu banyak air semasa rebus. Tentukan air rebusan sotong ditapis dan disimpan untuk masak. Sekiranya anda tidak dapat sotong yang putih tetapi hitam kemerahan, masukan satu sudu cuka semasa rebusan. kulit sotong yang kehitaman akan terkopek sendiri buat kulit sotong supaya nampak putih. Jangan rebus terlalu lama sotong anda akan terlalu kecut. Isi sotong akan menjadi tebal semasa masak dan pengecutan tidak boleh dielakan. Maka saiz sotong yang dibeli perlu di ambil kira. Pengecutan selalu berlaku separuh dari saiz asal sotong. Saiz sotong yang terbaik dibeli ialah 5-6 inci dan bila direbus saiz menjadi lebih kurang 3-4 inci.
Resepi sotong nasi kandar yang popular ada dua atau tiga jenis masakan. salah satunya resepi masak sotong masala (kari pekat) atau pun masak kuning pekat atau sotong goreng tepung rangup (kaedah penyediaan tepung sama seperti ayam goreng rempah mamak penang). Cara masakan kedua-dua resepi sama cuma masak kuning tidak menggunakan serbuk kari tetapi masak seperti kurmak. Sotong masak masala (kari) lebih popular di luar Pulau Pinang.


Tips masak sotong dari mamak haji

Assamulaikum..hari lambat sikit masuk Fb..ada dua soalan berkenaan "Resepi Sotong" yg mamak haji paparkan sangat baik untuk di kongsi bersama, SOALAN: "Salam mamak Haji,nak tip ,bagaimana caranya masak sotong jadi lembut. Isteri saya kiranya saorang yg pandai masak tapi bab masak sotong selalunya keras dan liat..terima kasih", dariSufinaz Zainuddin dan Sharidah Bujang SOALAN: ....terima kasih yea!.
1. Untuk melembutkan sotong bila dah bersihkan kalau bukan sotong yg berisi telur, ketuk beberapa kali pada badannya dgn kitchen Mallet tapi jgn sampai terkoyak pulak isinya. Baru mula potong isinya.
2. JANGAN TERLALU LAMA MASAK sotong, isinya akan jadi mcm tayar goodyear. Kalu gunakan suhu terlalu panas masak di antara 1 minit ke 3 minit saja.
3. Masak dgn sotong dengan api dapur yang sederhana makana cara simmering atau renehan sekurang-kurangnya selama 45 minit. INi yang buatkan sotong lembut dan kuah kari jadi pekat-masala. Dengan itu kalau gunakan air panas yg mendidih gunakan masa masak di atas ia itu sama 1-3 minit saja..maka elok masak sotong dlm renehan ia itu mula air sejuk ..
4. Isi Sotong juga boleh dilembutkan dengan perapkan dgn jus limau nipis atau lemon. Asid dari jus ini bukan saja lembutkan isi sotong tapi menghindarkan bau hanyir sotong.
5. Ada juga org Perancis suka rendam sotong dalam susu utk melembutkan, kerana susu mengandungi asid Lactic..peram semalaman atau sekurang-kurang 4 jam dlm peti sejuk dlm bag plastik sebelum digunakan.
6. Dakwat Hitam sotong bukan beracum maka boleh disimpan dan digunakan dlm masakan ikan kicap atau goreng sayur kicap. Dakwat ini akan berikan aroma yg sedap utk anda. Wassalam.
SOTONG MASAK "NASI KANDAR" PULAU PINANG.
Assalamualaikum..Hidangan makanan laut dalam resepi nasi kandar, "sotong masak nasi kandar" adalah paling digemari oleh pengemar makanan nasi kandar. Malangnya masakan sotong nasi kandar yang begitu murah satu masa dulu kini telah menjadi makanan untuk golongan mampu saja. Bukan sotong saja tetapi makanan seperti ikan bilis dan ikan sardin dalam tin tidak termampu oleh golongan pendapatan rendah. Minggu lepas Mamak Haji teringin nak masak sambal ikan masak sardin. Sardin dalam tin yang terbaik adalah jenama, "cap Ayam" memang keenakan sos tomato tak terbanding dengan sardin dalam tin yang lain. Harga sekarang telah mencecah RM6.90 lebih..wow! terkejut Mamak Haji kerana sardin dalam tin ini masa zaman kecil-kecil adalah untuk golongan pendapatan rendah atau orang kampung yang sukar mendapatkan bekalan ikan air masin segar. Begitu juga dengan "sotong masak nasi kandar ini. Yang penting anda kalau nak memesan sotong atau udang di restoren nasi kandar perlu berhati-hati dengan harga. Baik tanya harga dulu sebelum memesan kerana papan tanda harga di restoren nasi kandar yang tergantung itu, tidak akan ada tanda harga cuma dengan perkataan, " Harga Ikut Saiz". Maka awas yea...!.
SOTONG MASAK NASI KANDAR - 2
Kenapa menu nasi kandar sotong ini mahal?. Ada sebabnya yang kita perlu tahu tentang jenis sotong dan cara masakanya lain dari masakan biasa. Sotong untuk nasi Kandar bukan sebarang sotong. Biasanya Sotong untuk masakan nasi Kandar dipilih dari jenis, "sotong putih yang sarat berisi telur sotong". Saiz pulak perlu diteliti biasanya yang sedang. Isi sotong putih biasanya tebal, lembut dan manis dari sotong yang jenis warna pink ( sotong yang berwarna merah adalah sotong ais dan sudah dua tau tiga kali disejukan dan boleh dikatakan sotong yang sudah lama). Sotong yang sarat punyai telur sotong, dipilih kerana bentuk asal sotong tidak akan ubah menjadi kempis (leper) bila masak dan telur sotong itu memberi rasa yang enak berlemak dan manis. Masalah sotong yang putih ini ialah, ia cuma ada pada musim-musim yang tertentu. Sekiranya anda ingin dapatkan sotong jenis ini perlu ke pasar basah awal pagi lagi kerana permintaannya tinggi. Di Pulau Pinang tak ada masalah dapatkan sotong jenis ini. Mamak Haji kurang arif tentang pasar di negeri lain. Mamak celoteh banyak sangat tentang sotong ini?. Macam biasa lah, mamak haji bukan ingin cuma nak berikan resepi tetapi pemahaman tentang resepi perlu sebelum kita masak sesuatu resipi. Kalaulah dikatakan inginkan resepi berpuluh ribu blog menulis resepi dalam internet atau beli saja buku resepi pasti hebat. Di sini Mamak haji mahu pengunjung blog ini betul-betul selami apa itu masakan Nasi kandar. Cuma orang Pulau Pinang yang arif tentang apa yang buat nasi kandar itu sedap tetapi di negeri-negeri lain apa yang mereka memahami tentang dari Nasi kandar ialah satu lagi masakan biasa kari India.