Thursday, October 31, 2013

Menanam Pohon Di Syurga (Ustadz Abdullah Zain)

http://www.youtube.com/v/Uge1cVGTAYw?autohide=1&version=3&attribution_tag=Tqbfr2X6pY3gv34D_05GBg&autohide=1&autoplay=1&feature=share&showinfo=1

Petua Untuk Menguatkan Otak Kanan

Petua Untuk Menguatkan Otak Kanan 

1. Banyak membaca dan menghayati sejarah.

2. Banyak membaca pengetahuan umum. Kurangkan majalah hiburan kerana hiburan biasanya mengandungi gambar yang agak keterlaluan dan bahan gosip berlebihan.

3. Memperbanyakkan ekspedisi, pengembaraan, lawatan, berkelah dan melancung.

4. Selalu menyertai seminar, forum, pameran, ekspo dan lain-lain.

5. Menatap dan merenung Al-Quran.

6. Selalu melakukan latihan menguatkan konsentrasi.

7. Selalu berfikir secara kreatif.

8. Sering melakukan latihan pendengaran, penglihatan, pergerakan, penciuman dan merasa secara imaginasi.

9. Bertafakur atau berfikir tentang makhluk Allah dan alam semesta.

10. Memikirkan sesuatu kejadian, peristiwa-peristiwa dan isu-isu semasa. Belajarlah dengan alam semesta dan kehidupan ini.

11. Membaca, memahami, merenung dan menghayati isi Al-Quran sedalam-dalamnya. Fikirkan apa yang tersurat dan tersirat di dalam kandungannya. Lakukan begitu juga terhadap hadis-hadis Rasullullah s.a.w.

12. Bermain catur.

13. Suka berfikir dengan bertanya kepada diri sendiri dengan menggunakan kata kunci ‘apa, siapa, bila, di mana, kenapa dan bagaimana‘.

14. Selalu menambah pengetahuan umum dengan membaca, mengikuti program-program berbentuk maklumat dengan menonton televisyen, mendengar radio, internet dan sebagainya.

~ 5 SYARAT NAK BUAT MAKSIAT---mesti baca

MESTI BACA !!!!!

~ 5 SYARAT NAK BUAT MAKSIAT

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata:
"Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat."

Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata:
"Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat."

Lelaki itu dengan dengan tidak sabar bertanya.. .
"Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

Ibrahim berkata:

"Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezeki-Nya."

Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata:
"Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?

"Ya!" tegas Ibrahim.
"Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

"Syarat kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!

Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati.

Ibrahim kembali berkata kepadanya:
"Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab:

"Syarat ketiga, Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!"

Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata:
"Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?"

"Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim.

Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan:

Syarat ke-4."Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, Ketepikan kematianku dulu, Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh"

Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar dan berkata:
"Wahai Ibrahim , mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?"

Ibrahim pun menjawab:

Syarat ke-5."Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata:
"Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini aku ingin bertaubat kepada Allah." katanya sambil teresak-esak.

Petua Untuk Melindungi Diri Dari Makhluk Halus

Petua Untuk Melindungi Diri Dari Makhluk Halus

1. Sentiasa berzikir dengan zikir yang di wariskan oleh Nabi Muhammad s.a.w.

2. Menyebut nama Allah dalam setiap perkerjaan.

3. Menyebut nama Allah setiap kali masuk ke dalam tempat gelap.

4. Jangan menyakiti binatang seperti anjing dan kucing.

5. Jangan tidur bersendirian. Jika terpaksa, berwuduklah dan membaca doa sebelum tidur.

6. Jangan membuang air kecil terutama di dalam lubang dan jangan mencurahkan air panas ke mana-mana lubang atau takungan air.

7. Jangan membunuh ular yang masuk ke dalam rumah sewenang-wenangnya.

Improve Eyesight =Eye Exercises:

Improve Eyesight =Eye Exercises: 

1. Blink your eyes as fast as you can for some time.
2 .Close the eyes tightly for some time and then open. Do this for 5 times.
3. Roll your eyes in clockwise as well as anticlockwise direction for 5 times. 
4. Look at an advertisement or some written material from a far place and try to read it by focusing your
eyes.

Food that is good for Eyes

1.Carrot
2. Eggs
3. Milk
4. Apricots
5.Berries
6.Black Currants 7_ Cold-water Fish
8.Collard Greens
9.Grapefruits
10.Grapes
11.Lemons
12.Spinach
13.Fish Oils

Harmful for your eyes
1.Foods and additives containing Monosodium Glutamate (MSG)
2.Looking directly into the sun for some time.
3. Drugs which are harmful to the eyes 4_Cell phone, games may also be harmful.!

Cara Rasulullah Mengubati Diri Sendiri

Cara Rasulullah Mengubati Diri Sendiri

1. Baginda tidak menggunakan ubat kimia sebagaimana yang dipelopori bangsa Romawi dan Yunani yang mana perubatan itu juga telah diaplikasikan oleh Ibnu Sina dalam thesisnya.

2. Bahaya ubat kimia (Eqrobadjin) ialah ketagihan atau kerosakan badan. Jika sembuh terlalu pantas, bermakna dosa kifarah hanya dapat terhapus sedikit atau belum sempat terhapus. Ini mengurangkan dekatnya diri kita pada Allah.

3. Rasulullah hanya memilih makanan khasiat tinggi di Tanah Hijaz berdasarkan wahyu dan ucapan Jibril terus kepadanya. Orang bukan Islam mentafsirkan, ianya ilmu perubatan fitrah semulajadi, sebagaimana haiwan mengubati dirinya. Contohnya kucing akan menjilat minyak pelita (zaitun) apabila ia terkena racun.

4. Perubatan Rasulullah bolehlah dikira sebagai pembinaan semula sel tubuh dengan bersandar dan bertawakal kepada Allah melalui zikir, doa, membaca al-Quran, bersolat, berpuasa, bertaubat, berbuat baik sesama manusia, menolong sesama manusia dan bersedekah. Ternyata ia juga memberi 'penyembuhan' terhadap rohani lalu menguatkan pula badan si pesakit tadi.

Petua Untuk Khusyuk Solat

Petua Untuk Khusyuk Solat

1. Menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain supaya datang dari punca yang halal tanpa syubhah.

2. Agar pemikiran tidak liar, sebelum solat lintaskan kematian seakan-akan amat hampir dengan kita serta solat tersebut merupakan sholat terakhir dan perlulah dijadikan yang terbaik.

3. Mendirikan sembahyang di awal waktu atau pertengahan waktu supaya tidak gopoh apakala masa hampir luput.

4. Membaca dengan baik, berusaha untuk memahami, mengerti bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan itu terutama sekali Al Fatihah, gerakan dan maknanya. Ini kerana bacaan-bacaan dalam solat mengandungi banyak makna yang halus yang patut dimengertikan oleh orang yang melaksanakannya.

5. Rukun-rukun solat dilakukan secara tertib. Berusaha konsentrasi dan menyedari bahawa Allah memperhatikan sembahyang itu.

6. Berharap serta yakin Allah menerima solat dan amal kita.

7. Hati diajak hadir/ikut, kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan hati dari segala urusan yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan solat.

8. Membesarkan Allah dalam solat, merasakan kehebatan Allah dalam solat.

9. Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan menghayalkan pemikiran.

10. Mendirikan sembahyang secara berjemaah.

11. Mengambil wuduk dengan sempurna.

12. Mengurangkan pergerakan anggota seperti tangan, kaki dan juga mata. Mata ditumpukan kepada tempat sujud.

13. Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan sembahyang bersendirian ataupun sekurang-kurangnya iqamat sahaja.

14. Ditegah bersembahyang dengan pakaian yang ada gambar, berwarna warni, bertulis, lukisan dan lain-lain kerana ia juga membuat orang lain hilang kekhusyukan ketika berjemaah.

Doa Untuk Anak Menghadapi Peperiksaan SPM



Doa Untuk Anak Menghadapi Peperiksaan SPM

1. Al-Fatihah 7 kali
2. Selawat 7 kali
3. Subhanallah 44 kali
4. Alhamdulillah 44 kali
5. Allah hu Akbar 44 kali
6. Ya Hayyu Ya Qayyum 21 kali
7. Teruskan dengan bacaan doa ini:

”Ya Allah Ya Hayyu Ya Qayyum,Ya Rahman,Ya Rahim,Ya Latif,Ya Jabbar,Ya Khaliq,Ya Allah permudahkanlah anak-anak kami di dalam urusan mereka dalam menimba ilmu di atas seruan dan perintah-Mu. Tenangkanlah hati mereka untuk menerima ilmu-Mu, lapangkanlah jiwa mereka untuk mengharungi ujian-Mu dan berkatilah mereka dengan rahmat-Mu. Amin Ya Rabbalalamin..”

AAM ; Isu Mengadu Sakit Kepada FB dan Cara Betul Beristikharah

http://www.youtube.com/v/bDVLDl7AA0Y?version=3&autohide=1&autohide=1&feature=share&autoplay=1&showinfo=1&attribution_tag=2qWHq2KUB2tqTd_uiU_G8Q

Amalan Bismillah 5

DOA SYIFA'

Bismillah 5 pendinding dan ayat penyembuh (syifa) segala penyakit serta amat bermanfaat dan amat baik dijadikan sebagai amalan seharian.