Nama Baik Syarikat Kecil
Apabila syarikat kita masih kecil, bisnes kita pun masih kecil, nama baik diri kita sebagai pemilik syarikat menjadi senama dengan nama baik bisnes kita.
+ Apabila orang percaya kepada nama baik kita, mereka pun percaya kepada syarikat kita. Begitu juga sebaliknya.
+ Orang tidak mengasingkan antara diri kita dengan syarikat kita. Baik nama kita, baiklah nama syarikat kita. Orang menyukai diri kita, mereka pun menyukai kedai kita.
Justeru, peranan yang dimainkan oleh diri, peribadi dan tingkah-laku pemilik syarikat kecil adalah sangat penting dalam proses mencipta nama baik untuk syarikat dan bisnes kecilnya.
.
No comments:
Post a Comment