Apa itu core values sesebuah syarikat?
Core values atau nilai-nilai tonggak adalah falsafah yang menjadi anutan semua yang bertugas di sesebuah syarikat itu.
Core values adalah 'perlembagaan' syarikat tersebut.
.
Siapakah yang menetapkan core values sesebuah syarikat?
Lazimnya, mereka yang mendirikan syarikat itulah yang sedari awal-awal lagi sudah menetapkan core values syarikat.
Sebagai pendiri syarikat, mereka juga duduk dalam lembaga pengarah syarikat, dan memegang saham syarikat.
.
Sesiapa yang tidak dapat menerima core values syarikat di mana dia bekerja, bermakna dia tidak boleh berada dalam syarikat itu.
Sebagai contoh, banyak syarikat menjadikan prinsip 'bisnes patuh syariah' sebagai core valuenya.
Justeru, sesiapa yang tidak setuju dengan nilai itu tidak patut berada dalam syarikat tersebut.
No comments:
Post a Comment