Himpunan artikel bermanfaat untuk dijadikan panduan dan tatapan semua.Artikel dari pelbagai sumber seperti FB dan lain2.Kepada sesiapa yang berminat untuk kongsi silakan.Sebenarnya untuk rujukan sendiri.Manusia itu mudah lupa.Yang baik untuk diamalkan yang buruk untuk dielakkan.Sesungguhnya hanya ALLAH maha mengetahui diatas segala sesuatu. If there is any comment feel free to email me at azyaz@yahoo.com Thank You.
Monday, August 31, 2015
Tutorial cloth label by Raja Norfaridahhanum
1. Material:
Kain cotton
Kertas bungkus nasi lemak (ganti freezer paper)
Iron
Inkjet printer yang ada ink π
Gunting
A4 paper
2. Potong kertas bungkus nasi lemak mengikut saiz A4 paper. Gosokkan kain cotton ke atas kertas bungkus nasi lemak. Pastikan bahagian licin (gam) melekat di kain. Macam kita gosok kan sulina ke kain.
3. Potong kain mengikut saiz kertas bungkus nasi lemak yang dah jadi saiz A4 tadi.
4. Anda akan dapat macam kertas A4. Kiri kertas A4, kanan kain yang dah di gam dengan kertas bungkus nasi lemak.
7. TIP PENTING 1: PASTIKAN BUCU DAN KELILING KAIN BETUL2 MELEKAT DI KERTAS COKLAT. TIADA BENANG2 BERBURAS. KENA CLEAN MCM KERTAS A4 SEBENAR. KALAU TAK, JADI LA MACAM DALAM GAMBAR. KERTAS DAN KAIN AKAN TERSANGKUT DALAM PRINTER ANDA πππ
TIP PENTING 2: KENAL PASTI PRINTER ANDA KAN PRINT BAHAGIAN MANA. BARU LETAK KAIN KE PRINTER. KALAU TAK, DIA PRINT ATAS KERTAS BUNGKUS NASI LEMAK TU PULAK. TAPI TAKPE, KALAU JADI CAMTU, BERSIHKAN SEMULA TEPI2 KAIN TU. GOSOK LAGI BAGI LEKAT BUCU2 DAN KELILING KAIN+KERTAS TU. PRINT SEMULA.
8. Bila da siap print, boleh la tanggalkan kain dari kertas coklat tu.
9. Gosokkan kain untuk bagi ink tahan. Tak hilang bila basuh.
TIPS: UNTUK LEBIH YAKIN TULISAN TAKKAN HILANG, SELEPAS GOSOK RENDAMKAM KAIN KE DALAM CAMPURAN AIR+CUKA. BIARKAN SEPULUH MINIT, BILAS, KERINGKAN DAN GOSOK.
10. Potong ikut saiz. Kalau ada rotary cutter lg senang. Kejap je siap. Kalau takde macam saya, guna la gunting. Hehehe.
11. Lipat dan gosok bagi cantik
12. Jahit ke pakaian. Siap!
Semoga bermanfaat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment