RESEPI BUAT SENDIRI: PAPADOM.
- 500gm kacang tosai, ditepungkan atau beli terus tepung kacang tosai.
- 1/2 sudu kecil jintan putih.
-1/2 sudu kecil rempah ajoiwan / lemuju. Biasa digunakan dlm Muruku
- 1/4 sudu kecil baking powder.
- garam ikut rasa sendiri.
- 1/2 sudu kecil jintan putih.
-1/2 sudu kecil rempah ajoiwan / lemuju. Biasa digunakan dlm Muruku
- 1/4 sudu kecil baking powder.
- garam ikut rasa sendiri.
CARA-CARA MEMBUAT:
1. Adunkan semua bahan-bahan di atas dalam sebuah bekas.
2. Buatkan doh yang agak keras dengan tambahkan sedikit demi sedikit air. Kita kena kurangkan air seberapa yang boleh untuk papdom cepat kering.
3. Selepas buat doh, tutup bekas doh tersebut dan biarkan doh di dalamnya selama 2 jam.
4. Selepas dua jam, masukkan sedikit minyak masak dan lenyekan(tumbuk) dengan anak batu lesong sehingga doh yang agak keras tadi akan menjadi lembut.
5. Jadikan bebola kecil untuk dileperkan seperti roti capati dan saiz mengikut saiz yang anda yang di kehendaki. jangan tebal seperti capati pulak. Agak ketebalan seperti papadam yang kita beli dikedai sebelum digoreng.
6. sekira semasa leperkan, doh melekat boleh gunakan sedikit miyak dan sapu bekas peleper.
7. Kepingan papadam yang terhasil perlu dikeringkan di panas cahaya matahari selama dua hari. Jangan keringkan lampau sangat nanti papadom anda boleh retak. Anda boleh gunakan berbagai cara. Mustahak ialah doh. Kalau tak reti nak lenyek bulat ik masukkan dalam mesin buat pasta dan jadikan papadom Malayasia. Kita buat dia bukan dia yg buat kita.
Nota; nanti mamak haji bagi tip-tip goreng papadom.
No comments:
Post a Comment