Bilakah masanya seorang Business Coach diperlukan?
Kita memerlukan koc bisnes apabila kita perlu menyelesaikan suatu problem bisnes, dan kita tidak tahu bagaimana cara yang betul menyelesaikan problem itu.
Contoh situasi di mana kita memerlukan coaching:
+ Kita perlu menyediakan SOP meluluskan pembayaran claim oleh staff, tetapi kita tidak tahu caranya.
+ Kita perlu membuka cash-book, tetapi kita tidak tahu apa gunanya cash-book dan bagaimana cash-book itu digunakan.
+ Kita perlu tahu bagaimana hendak mentafsir angka-angka kewangan syarikat, tetapi kita tidak tahu.
+ Kita mahu mengaplikasi sistem ghanimah untuk staff, tetapi kita tidak tahu bagaimana sistem itu digunakan dan bagaimana pengirannya.
Tugas business coach adalah membantu kita belajar menyelesaikan masalah TEKNIKAL dalam menguruskan bisnes kita.
.
No comments:
Post a Comment