RISIKO MILIKAN TUNGGAL ATAU ENTERPRISE
Bisnes milikan tunggal selalu disebut dengan nama 'bisnes enterprise'. Enterprise bukan syarikat. Ia adalah bisnes yang didaftarkan. Itu saja. Ia macam 'lesen' bagi menjalankan bisnes.
Sijil enterprise melekat pada tubuh si pemilik lesen itu. Apabila si pemilik enterprise meninggal dunia, lesen enterprise itu pun tamat. Semua urusan dengan lesen enterprise itu pun tamat di situ.
Lesen enterprise itu tidak boleh dipindahkan kepada waris. Akaun bank yang dibuka atas nama lesen enterprise itu pun terus dibekukan oleh bank. Duit di dalamnya tidak boleh dikeluarkan. Selagi urusan pusaka belum diselesaikan di mahkamah, selagi itu duit itu tidak boleh diusik.
Banyak lagi implikasi negatif menjalankan bisnes menggunakan lesen enterprise.
No comments:
Post a Comment