Saturday, August 15, 2015

tazkirah oleh ustaz jafri

Hadith ke 9. (Hadith 40 Imam Nawawi)
1. Kita nak gelar orang biar dgn gelaran yg org suka. Walau gelaran itu kena dgn dia, tp dia tak suka. Tak boleh gelar.
2. Siapa tunjuk 1 benda kebaikan dan org itu melakukannya, dpt pahala seperti mana org yg lakukan itu tanpa berkurang sedikit pun.
3. Tanda berkatnya ilmu:
- Faham.
- Teringin nak buat ilmu yg dipelajari.
- Dapat melakukan ilmu yg dibelajar.
- Mampu untuk menyampaikan kpd org lain.
4. Sampaikan apa yang kita tahu sahaja.
5. 3 jenis tanah :-
- Tanah yg lembut. Apabila turun hujan, serap air dlm tanah dan seterusnya dpt beri manfaat kpd sekeliling. Air itu ilmu, ilmu serap masuk tubuh, lepas itu beramalnya dan menyampaikan kpd org lain (beri manfaat).
- Tanah yg keras. Hujan turun, air tak diserap tapi bertakung. Haiwan ambil manfaat dari air bertakung. Maknanya ilmu tak jadi manfaat pada dia, tapi manfaat pd org lain.
- Tanah yg sgt keras. Serap air pun tidak, takung air pun tidak.
6. Kelebihan bangun tahajud.
- muka ada nur.
- kubur cerah.
- dapat maqaman mahmuda. Allah beri tempat yg terpuji.
7. Larangan Allah.
a. - Haram. Yg haram itu jelas. Belajar utk berhati2 dri melakukan dosa kerana takut tak sempat taubat dan bawa dosa ke mahsyar.
+ Kata ulama', tanda org berdosa itu
 susah nak bangun tahajud. Dosa2 duk tarik drp dia bangun. Setiap org ada dosa yg selalu melekat pd dia.
 susah nak berpuasa sunat.
 susah membuat perkara sunat.
± Org yg berdosa di mahsyar.
 Berjalan dgn muka.
 Ditunjukkan tegak neraka api yg hitam.
Dilangit berterbangan spt burung. Itu kitab2 amal kita yg akhirnya turun sebelah tangan kiri.
 Ketika dibentang kitab amal, kita baca satu2 segala amal perbuatan kita yg penuh keburukan.
 Ditayang pula perbuatan kita yg penuh dosa dan semua org tengok.
Ditutup mulut dan semua anggota menjadi saksi segala perbuatan.
b. - Makruh.
Kata ulama' makhruh terbahagi kepada 2 :-
- Makruh Tahrim. Cenderung haram.
- Makruh Tanzih. Cenderung boleh.
8. Perkara yg disuruh.
- Wajib. Mesti dilaksanakan.
- Sunat. Sekadar yang kita mampu.
9. Kata Imam Ghazali.
= Org yg rugi ialah amal hari ni sama banyak dgn yang semalam.
= Org yg untung ialah amal hari ni lebih banyak daripada semalam.
= Org yg celaka ialah amal hari ini lebih sedikit daripada semalam
10. 4 peringkat zuhud kata Imam Nawawi. Org yg zuhud ini org kaya dimana harta dekat tangan tapi tak sampai di hati.
1. Zuhud meninggalkan yg haram. Zuhud yg wajib.
2. Zuhud meninggalkan yg syubhah.
Syubhah ada 3 :-
- Dalamnya ada haram, tapi selepas itu ragu-ragu apabila dalamnya ada halal. Maka tinggalkan lebih baik.
- Asalnya halal/sah, tapi kemudian ragu-ragu bertukar menjadi batal atau haram. Maka kekal halal dan sah
- Satu kata halal, satu kata haram. Bila jadi begini ia syubhak, maka meninggalkannya itu lebih baik takut-takut yg kata halal tapi sebenarnya haram dan masuk tubuh badan kita menjadi darah daging kita.
3. Zuhud mengambil dunia sekadar keperluan sahaja. Ada sifat qanaah atau rasa cukup.
4. Zuhud meninggalkan yg lain kecuali Allah dan Rasul.
12. Kesimpulan hadis ini, jangan lakukan apa yang dilarang Allah dan Rasul, lakukan apa suruhan Allah dan Rasul. Jangan banyak 'argue' atau mempersoalkan apa yang diajar oleh guru kita sehingga seperti memandang rendah kepada ilmu mereka.
Wallahua'lam
14 Ogos 2015
Cafe De Palma,
Shah Alam.



No comments: