Saturday, August 15, 2015

Sembang niaga(4)-Fb puan ainon

Dalam memulakan bisnes, jangan ada mentaliti 'mahu cari duit'. Duit adalah 'outcome' perkara-perkara yang diusahakan.
+ Ada perkara-perkara yang apabila diusahakan, ia menyebabkan duit yang mulanya sedikit tetapi makin lama makin bertambah banyak.
+ Ada perkara-perkara yang menyebabkan duit yang mulanya banyak tetapi kemudian duit itu hilang lesap, dan kita menjadi lebih miskin daripada sebelum membuka bisnes.
Itu yang banyak terjadi kepada peniaga muda yang membuka bisnes secara francais. Juga banyak berlaku kepada mereka yang mengeluarkan produk OEM. Bisnes lingkup, hutang bank membelit leher.
.
Fokus pada melakukan perkara-perkara yang betul, dengan cara-cara yang betul. Duit akan datang dengan sendirinya.
Contoh perkara-perkara yang betul:
+ Jual barang keperluan sahaja.
+ Mulakan bisnes dengan modal kurang daripada RM2k.
+ Jangan buat sendiri produk. Jual produk orang lain.
+ Jangan membuka kedai.
+ Jangan meminjam duit bank.

No comments: