Sunday, August 9, 2015

Daun betik lawan denggi

Balik Pulau: Kementerian Kesihatan mula mengedarkan ubat khas dihasilkan bagi menangani kes demam denggi yang menular di negara ini.
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, ubat diasaskan daripada ekstrak daun betik itu sudah mula dikilangkan dalam bentuk cecair dan kapsul.
“Ia sudah mula diedarkan di hospital awam di negara ini. Bagi peringkat permulaan, kementerian hanya mengedarkan ubat berkenaan dalam bentuk cecair.
“Bagaimanapun, orang ramai boleh mendapatkannya dalam bentuk kapsul di farmasi berdekatan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Mai Beraya Homestay Pulau Pinang di sini, semalam.
Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Rashidi Hasbullah, Konsul Jeneral Republik Indonesia di Pulau Pinang Taufiq Rodhy, dan Pengarah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan negeri Jonathan Freddy P Bagang.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/69284#sthash.C7CAEojh.dpuf




sumber: harian metro

No comments: