Saturday, August 15, 2015

Sembang Niaga(6) :FB puan ainon

Tragedi macam ini kerap berlaku kepada para peniaga gaya-towkay. Dalam kes ini, Tuan Affuan Ramzai tidak memisahkan antara diri beliau dan syarikat beliau. Pemisahan seperti itu memerlukan implimentasi SOP kewangan.
.
Tanpa SOP, towkay mempunyai 100% kuasa:
+ Menentukan kepada siapa boleh diberikan jualan secara hutang.
+ Menentukan jumlah hutang yang diluluskan kepada pelanggan.
+ Menagih hutang.
.

Sudah beberapa kali orang kaya meminjam duit saya. Masa pinjam bukan main baik cakap. Lembut gigi daripada lidah. Bila nak bayar, memang liat. Banyak alasan. Kalau dapat pun, dapat daripada orang tengah (suami, isteri, pekerja).
Paling best, dia pergi cakap pada orang tengah yang kita nak pinjam duit dia. Hasilnya, saya dipandang macam kucing kurap tak ada duit walhal kita ni mengutip hutang, bukan datang nak berhutang. Hadoi! Harap2 kisah saya 'berhutang' ni tak sampai ke serata negeri. Pak Sheikh tolong maklum kalau ada dengar berita dari utara deh. Kahkahkah!

Peringatan....
+ Mendaftarkan perniagaan di SSM adalah wajib. Jika tidak, pemilik bisnes akan dikenakan penalti.
+ Membuka fail di LHDN adalah wajib. Menghantar laporan kewangan adalah wajib. Jika tidak, pemilik bisnes akan dikenakan penalti.
+ Membayar cukai kepada LHDN tidak wajib. Jika bisnes untung, barulah wajib cukai dibayar. Jika rugi, tidak ada cukai dikenakan.

Motivasi bisnes....
Sangat sukar mahu membesarkan syarikat dan mengembangkan bisnes tanpa mendapatkan support dari bank-bank.
Bank tidak akan support bisnes kita jika syarikat kita mempunyai 2 ciri di bawah ini:
+ Syarikat kita tidak mempunyai rekod percukaian yang 'cantik' di LHDN selama beberapa tahun secara konsisten.
+ Kita membayar cukai, tetapi jumlah cukai yang dibayar itu sangat kecil berbanding dengan jumlah loan ataupun fasiliti yang dimohon.
.

No comments: