RESEPI WORCHESTERSHIRE SOS (SEAKAN-AKAN RASANYA).
BAHAN-BAHAN:
2 sudu besar (tbsp) minyak masak.
1/2 cawan asam jawa (pekat).
2 biji bawang Holland (kuning).
2 sudu besar halia dicincang halus.
2 sudu besar bawang putih dicincang halus.
2 biji cili merah dicincang.
1/4 cawan ikan sardin dlm tin yang dicincang.
1/4 cawan pes tomato puri.
2 kuntum bunga cengkih.
2 sudu besar sebuk lada hitam (kasar).
1/2 sudu besar sirap gula jagung (corn syrup).
1 cawan gula merah (yang warna kehitaman).
3 cawan cuka - (mamak haji suka guna "cuka buah tamar")
1 cawan stok daging atau minuman malta yang tidak beralkohol (JAKIM sahkan minuman malt dari Iran "barbican" halal dalam mesyuarat Jawatan-kuasa bersidang 16-18 Jan 2011).
1/2 cawan jus oren.
1 biji lemon dihiris halus.
1 biji limau nipis dihiris halus.
2 cawan air.
1/2 cawan asam jawa (pekat).
2 biji bawang Holland (kuning).
2 sudu besar halia dicincang halus.
2 sudu besar bawang putih dicincang halus.
2 biji cili merah dicincang.
1/4 cawan ikan sardin dlm tin yang dicincang.
1/4 cawan pes tomato puri.
2 kuntum bunga cengkih.
2 sudu besar sebuk lada hitam (kasar).
1/2 sudu besar sirap gula jagung (corn syrup).
1 cawan gula merah (yang warna kehitaman).
3 cawan cuka - (mamak haji suka guna "cuka buah tamar")
1 cawan stok daging atau minuman malta yang tidak beralkohol (JAKIM sahkan minuman malt dari Iran "barbican" halal dalam mesyuarat Jawatan-kuasa bersidang 16-18 Jan 2011).
1/2 cawan jus oren.
1 biji lemon dihiris halus.
1 biji limau nipis dihiris halus.
2 cawan air.
CARA-CARA:
1. Panaskan minyak dengan api yang sederhana. layukan hirisan bawang (dlm 5 minit). jangan sampai garing. Cara ini digelar saute.
2. Masukan air asam jawa ke dalam bawang yang sedang layu bersama dengan halia dan bawang putih cincang. Maak dalam apai sederhana kecil selam 5 minit. Masukkan sardin,puri tomato, bunga cengkih, dan semua bahan-bahan lain dan mendidihkan.
3. Bila larutan ini mula mendidih kecilkan api, "reneh" selama 3 jam untuk mendapatkan kepekatan. Seperti mamak haji terangkan "reneh" atau "simmering" ini ialah bila kita panaskan cuma gelombong udara (bubbles) yang halus cuma berada di atas cecair yang dipanaskan. Mendidih atau boiling pulak, terdapat gelombong udara yang banyak dan bersaiz besar diterbitkan dari bawah bekas yang dipanaskan. Ini perbedzaan diantara reneh dan mendidihkan (simmering and boiling). Dalam proses simmeing bekas perlu ditutup untuk mengkekal cecair yang dipanaskan tidak sejat dengan cepat. Reneh juga adalah untuk mengeluarkan semua zat dan inti pati dari bahan kita reneh. Orang kampung reneh "akar tongkat ali" untuk mendapatkan khasiatnya dengan kaedah ini.
4. Dalam proses ini anda boleh dapatkan lebih kuran 6 cawan sos yang berperisa sama seperti sos worchester yang asli dan yang pentingnya ia adalah halal yang ternyata.
No comments:
Post a Comment