Friday, August 14, 2015

CORN SYRUP / SIRA GULA JAGUNG oleh mamak haji

RESIPI: PENGGANTI UNTUK CORN SYRUP / SIRA GULA JAGUNG.
Ada sahabat tanya mengenai, "CORN SYRUP". Corn syrup sebenarnya adalah .sira gula yang pekat. Cuma orang barat nak ganti gula tebu..dan gunakan jagung sebagai penganti kerana harga gula tebu mahal di negara mereka. Kegunaan sirap jagung ini sama seperti gula..pemanis, pemekat dan kadang-kala digunakan sebagai pelembab masakan utk lebih menarik. Cara buat corn syrup ini paling mudah..
Bahan-Bahan Diperlukan:
- 2 cawan gula pasir.
- 3/4 cawan air.
- 1/4 sudu kecil serbuk "cream of Tartar".
- Secubit garam.
CARA MENYEDIAKAN:
1.Masukkan dalam sebuah periok 3/4 cawan air dan semua bahan-bahan di atas.
2. Masak sehingga mendidih (sentiasa kacau dgn sudip kayu supaya gula tak hangus).
3. Rendahkan api dapur bawa kepada renehan (renehan bermakna gelumbung yg halus dan di atas permukaan cecair saja) - Tutup periok dgn tudung selama 3 minit (takut kristel gula terbentuk ditepi periok).
4. Selepas buka tudang 3 minit, terus masak sira gula itu selama 20 minit dalam keadaan renehan juga dan jangan lupa kacau selalu.
5. Bila sejuk ia akan pekat dan boleh disimpan selama 2 bulan. Resipi atas boleh perolehi 2 cawan corn syrup seakan sama. Selamat mencuba.

No comments: