Sunday, August 17, 2014

Petua Untuk Mengatasi Sakit Pinggang

Petua Untuk Mengatasi Sakit Pinggang
Penyebab Sakit Pinggang
1. Adanya gangguan mekanikal pada struktur fungsi tulang belakang
2. Gerak atau sikap badan yang salah ketika membongkok dan mengangkat beban atau barang
3. Pemakaian sepatu dengan tumit tinggi, kerana dalam keadaan normal tulang belakang di bahagian pinggang mempunyai lengkungan ke depan. Apabila lengkungan ke depan tersebut berlebihan, akan menimbulkan gejala sakit pinggang
4. Tidur dengan alas/dasar yang terlalu lentur sehingga membuat tulang belakang mengikuti lenturan alas yang ditiduri
5. Kurang berolahraga sehingga menyebabkan kelenturan sendi-sendi dan jaringan ikut menurun, sehingga otot mudah cedera kerana gerakan yang saderhana, seperti: mengangkat, mendorong, atau membongkok.
Nota: Sakit pinggang juga boleh berlaku disebabkan oleh pengaruh sesuatu penyakit, seperti gangguan ginjal, penyakit jantung, kanser, penyakit tulang, atau gangguan metabolik. Untuk mengurangi rasa nyeri dan untuk mencegah akibat yang lebih parah dari sakit pinggang, dianjurkan melakukan gerak tubuh. Perhatikan sikap tubuh agar terhindar dari keadaan tubuh yang bongkok atau lakukan aktiviti berbaring datar.
Pilihan 1:
a. Anda perlu meminum air halia bercampur sedikit gula yang telah direbus. Mula-mula, ambil sepotong halia sebesar ibu jari.
b. Tumbuk halus halia, campurkan dengan 2 gelas air dan sedikit gula. Kemudian, rebus campuran tersebut sampai mendidih.
c. Setelah mendidih, biarkan ia sejuk dahulu. Selepas itu, baharulah anda meminumnya 2 kali sehari. Amalkan selama 2 hari berturut-turut.
Pilihan 2:
Sediakan kuning telur. Telan mentah-mentah. Amalkan selama 3 hari berturut-turut. Sakit pinggang akan berkurangan dan sembuh.

No comments: