Seorang wanita jumpa saya bersama anak kecilnya dalam perjalanan ke Jasin. Dia menangis dan menangis...dia kata ustaz, saya sedih dan selalu bertanya kenapa Allah buat begini pada saya.suami saya meninggal baru ni sakit tiba-tiba dan meninggal .hidup saya diuji dengan kesusahan tidak berhenti.
Saya tiada siapa lagi dalam dunia ini. Hari raya baru ni saya duduk rumah berdua dengan anak saya..
Sebab dosa saya ke ustaz? Saya memang jahil dan berdosa. Banyak dosa bersama suami dulu.
Tapi anak ini tidak berdosa..
Tapi anak ini tidak berdosa..
Saya tanya anak puan ni umur berapa? MasyaAllah bakal daie dan alim besar..saya tengok anak yatim saya sentiasa ingat Nabi saw yatim piatu masa umur 6 tahun hilang ibunya setelah kehilangan ayahnya..
Allah sayang puan sangat. Allah buat kerana dia sayang. Pernah kita pergi jumpa doktor kerana sakit. Doktor buat sesuatu dan sangat sakit..ehhh kita jerit..tengok selepas itu alhamdulillah kita sihat. Dia buat demi kebaikan kita. Sebab kehidupan sebenar ialah kehidupan akhirat..
Pernah tak akak terbangkan anak ni. Atau lambung dia kemudian sambut semula?
Pernah ustaz....dia suka sangat..
Dia takut tak? Takut tapi nak..
Begitulah, masa anak dilambung dia rasa sangat takut. Dia menjerit. Tapi akhirnya dia senyum dan ketawa berdekah-dekah...dia berani cuba kerana dia ditangan ibunya yang sayang dia..
Begitulah kita takut dan sedih masa diuji...kita rasa seperti anak tadi di lambung tinggi-tinggi..tapi jangan risau kita sedang dilihat dan dijaga oleh Allah yang sangat baik..dia sedang lihat kita..
Saat kita rasa keseorangan, kita tak pernah seorang. Tuhan pemilik segalanya sedang lihat kita..
Dia sayang kita..tak cukup ke kak? Dia benar-benar sayang kita. Seorang anak tidak pernah faham nasihat seorang ibu melainkan setelah dia lalui semua itu dan dewasa...
Saya lihat ramai wanita yang sabar besarkan anak dengan Islam dan sabar. Hari ini anak mereka jauh lebih hebat dari anak yang ada keduanya..
Lihatlah Nabi saw.......akhlaknya, kebaikannya, dakwahnya.....selamanya tiada manusia boleh mengatasinya..
Dia bergenang air mata dan menangis..
Sebenarnya beginilah hidup ini. Tujuannya Redha Allah..sabar yer puan..Allah ingin beri sesuatu dan rahmat yang sangat besar...
Saya yakin satu masa puan akan tersenyum dan kuat untuk melalui semua ini...
Jika Allah ingin beri sesuatu rahmat dia mula musibah. Lagi besar musibah itu, insyaAllah lagi besar rahmat yang akan datang..
Dia sedang lihat puan ketika ini dengan kasih sayangnya..tadahlah tangan pada Allah. Menangislah dalam doa..doa senjata dan kuasa kita..selepas solat fardhu awal waktu tadahkanlah tangan...
Dia menangis dan ucap terima kasih..katanya lega dapat luahkan dan dapat menangis..benarlah ustaz, kita dalam jagaan Allah. Tak pernah seorang..
No comments:
Post a Comment