Petua Untuk Mencegah Kembung Perut
Jangan makan makanan yang boleh menyebabkan angin (atau mengambilnya sedikit sahaja). Makanan yang boleh menyumbang kepada kembung perut adalah seperti berikut:
a. Epal Aprikot
b. Kekacang
c. Bran peach
d. Brokoli pear
e. Brussel sprout bertih jagung
f. Bunga kobis prun
g. Lobak merah raisin
h. Kobis sorbitol
i. Kacang (kering, dimasak) bawang
j. Hasil tenusu (mereka yang alah terhadap laktosa) kacang soya
b. Kekacang
c. Bran peach
d. Brokoli pear
e. Brussel sprout bertih jagung
f. Bunga kobis prun
g. Lobak merah raisin
h. Kobis sorbitol
i. Kacang (kering, dimasak) bawang
j. Hasil tenusu (mereka yang alah terhadap laktosa) kacang soya
1. Jauhi atau makan sedikit sahaja makanan yang boleh memberi kesan kepada anda. Kecuali sorbitol, kesemua makanan ini membekalkan zat makanan, oleh itu anda dinasihatkan supaya tidak meninggalkan langsung makanan ini.
2. Sediakan senarai semua makanan yang anda makan selama beberapa hari. Catatkan bila dan berapa kali anda terkentut atau sedawa. Jika anda mengeluarkan gas berlebihan selepas minum susu, cuba kurangkan atau jauhi dari mengambilnya.
3. Sekiranya masalah ini berlarutan, jauhi semua makanan yang mungkin menyebabkan kembung.
4. Sekiranya anda mendapat alahan terhadap laktosa, gunakan hasil tenusu yang rendah laktosa. Anda juga boleh menggantikan Lactaid iaitu sejenis enzim laktosa yang dapat dibeli di kedai. Ia perlu diambil bersama hasil tenusu untuk menghadamkan laktosa di dalamnya.
5. Elakkan kemasukan angin semasa makan.
6. Makan perlahan dan kunyah makanan tersebut keseluruhannya. Minum dengan menghirup beransur-ansur dan jangan meneguk sekaligus. Kurangkan meminum minuman bergas. Jangan mengambil gula-gula getah dan elak dari memakan makanan tanpa gula yang mengandungi sorbitol atau xylitol di mana kedua-duanya sukar dihadamkan dan boleh meransang pembiakan bakteria yang membantu pengeluaran angin.
PENCEGAHAN: Di samping mengubah diet, anda boleh memperkuatkan otot dubur (anal sphincter) untuk menolong mengurangkan kembung. Untuk ini anda boleh melakukan senaman Kegel. “Baring melentang, bengkokkan lutut dan jarakkan kaki 12 inci antara satu sama lain. Kemut otot-otot di sekeliling dubur (sama seperti ketika anda menahan kentut) dan biarkan seberapa lama yang boleh – sehingga 20 saat. Rehatkan otot tersebut perlahan-lahan, tarik nafas dalam-dalam dan ulangi proses ini. Senaman ini boleh dilakukan ketika anda berdiri dalam bilik mandi, atau duduk (semasa memandu) atau semasa buang air kecil.
No comments:
Post a Comment