Wednesday, August 20, 2014

Nanas Atasi Kencing Tak Lawas

Buah nanas diketahui mampu mencegah kemerosoton maskular. Penyakit ini menyebabkan kehilangan penglihatan buat orang dewasa yang disebabkan oleh kerosakan retina.

Dengan memasukkan buah nanas dalam pemakanan, dapat merendahkan risiko penyakit lebih kurang 36 peratus. Ini adalah kerana buah nanas mengandungi beta karotena yang amat baik untuk penglihatan.

Apa yang lebih menarik, buah nanas mempunyai sifat-sifat anti keradangan. Oleh itu memakan buah nanas mampu mengurangkan sakit arthritis dan pada masa yang sama memperbaiki keadaannya dengan cara menguatkan tulang.

Selain arthritis,memakan buah nanas dikatakan mampu memperbaiki masalah kesihatan lain seperti sindrom terowong karpal dan gout.

Malah dengan mengamalkan jus nanas, anda dapat mengatasi masalah kekeringan di bahagian bibir dan muka.

Amalan minum jus nanas ini juga dapat mengatasi masalah kencing tidak lawas. 

No comments: