"
varuval", membawa maksud masak tanpa gunakan air. Mamak haji jamin resipi ini amat sedap dari kari ayam biasa. Resipi ini amat sedap bila makan dengan nasi atau pun dengan tosai, capati atau dengan roti benggali, puri, putu mayom atau pun lain-lain...
RESEPI AYAM VARUAL
Bahan-Bahan yang diperlukan:
- 1 kg ayam kalau boleh buang kulitnya dapatkan isi di singkir tulang. Tapi dengan tulang dan kulit pun boleh juga tapi potong kecil..kalau 1/2 ekor ayam potong dalam 10 bahagian.
Bahan untuk peram isi ayam:
- 2 atau 3 sudu besar rempah kari ayam.
- 2 sudu besar jus limau nipis.
- 1 sudu besar pes halia bawang putih.
- 1 sudu garam atau cukup rasa.
- 1 sudu kecil garam masala.
Adunkan semua bahan itu perap ayam sekurang-kurangnya 30 minit.
Bahan-bahan untuk menumis:
- 4 sudu besar minyak masak.
- 1 biji bawang labu merah dihiris halus.
- 1 sudu besar pes halia bawang putih.
- 4 tangkai cili kering dipotong dua.
- 2 kpg. kulit kayu manis.
- 2 kuntum bunga lawang.
- 3 kuntum cengkih.
- 4 biji buah pelaga.
- 15 helai daun kari.
- 1/2 sudu kecil biji jintan putih.
- 1 sudu kecil serbuk cili - boleh tambah kalau tambah pedas.
CARA-CARA MENYEDIAKAN:
1. Panaskan kuali dan masukkan 4 sudu besar minyak masak dengan api dapur sederhana.
2. Masukkan hirisan bawang, goreng sehingga warna bawang bertukar kepada kuning keemasan, masukkan pes halia bawang putih. Goreng hingga bau aromanya naik, seterusnya masukkan cili kering, kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih, buah pelaga, biji jintan putih dan akhir sekali masukkan daun kari dan juga serbuk cili. Serbuk cili jangan sampai hangus pulak.
3. Masukkan segera perapan isi ayam dalam tumisan tadi. Adunkan sebati is ayam dengan segala rempah-rempah. Kecilkan api dapur supaya rempah tak hangus dan biarkan air dari isi ayam keluar. Tutup dengan penutup kuali untuk air dari isi ayam dapat dikeluarkan. Kalau isi ayam saja anda masak memadai selama 10-15 minit isi ayam itu akan masak. Tetapi gunakan ayam bersama tulang biar dalam masa 30 minit untuk masak dengan tudung tertutup. Dalam proses masak ini anda perlu kacau selalu setiap 5 minit supaya tidak menjadi kerak. Dalam proses ini sekiranya masakkan anda kering sangat tambahkan sedikit air dalam tiga sudu besar untuk ketulan ayam masak sempurna.
4. Selepas agak ketulan ayam anda telah masak, buka tudung dan masak lagi 10 minit untuk proses kekeringan. Sekiranya minyak telah terhasil di sekeliling masakkan anda maknanya "varual" anda telah sempurna. Tutup api dapur dan hidangkan dengan hirisan daun ketumbar jika anda suka.
— - 1 kg ayam kalau boleh buang kulitnya dapatkan isi di singkir tulang. Tapi dengan tulang dan kulit pun boleh juga tapi potong kecil..kalau 1/2 ekor ayam potong dalam 10 bahagian.

No comments:
Post a Comment