Wednesday, June 4, 2014

RESEPI MEE GORENG MAGGIE KOSONG oleh mamak haji(anak)

RESEPI MEE GORENG MAGGIE KOSONG: 
bahan-bahan:
- 2 kpg mee kosong (mcm mee maggie). Panaskan air dan rebus mee..bila lembut keluarkan dan masukan dalam bekas air sejuk..dan toskan.
- 1 ketul ayam dipotong kecil.
Sos untuk perap ketulan ayam;
- 1 sudu kecil kicap cair.
- 1/2 sudu kecil kicap kramel atau kicap mee.
- 1 sudu kecil kicap sos ikan.
- 1 dash (secubit serbuk lada putih).
- secubit gula pasir.
- 1 sudu besar minyak bijan.
- garam secukup rasa.
- 1 sudu kecil tepung jagung.
Cara:
Adunkan semua bahan-bahan ini dan peram 20-30 minit. Selepas peram goreng ketulan ayam ini dgn api keci jangan sampai garing..katanya dia suka yg juicy atau lembut sikit. Asingkan.

CARA GORENG MEE BERKICAP:

cara buat sos untuk mee goreng:
- 1/2 kecil sos tiram.
- 1/2 sudu kecil kramel atau kicap mee.
- 1/2 sudu kecil stok serbuk ayam.
- 1 sudu kecil kicap cair.
- secubit serbuk lada itam.
- 1/2 sudu kecil serbuk cili.
- 1/2 sudu kecil tepung jagung..(jgn tanya mamak haji kenapa?)
- garam secukup rasa (dia bubuh dalam 1/4 kecil)
- 2 sudu besar air.

Cara goreng:
1. Panaskan kuali..dgn api sederhana kecil..(dia takut api dapur besar kot?). Masukkan minyak masak dan mee..goreng dengan minyak.
2. Buat kolam tengah masukkan telur 1 biji. jgn buat apa-apa..tutup dengan mee.
biarkan ia masak 2 minit. Dan mula kacau rata telur.
3. Tuang sos mee goreng sedikit demi sedikit dan kacau rata. Rasa mee itu kalau tak cukup garam tambah saja sos ikan sedikit.
4. Mee Goreng Kicap dah sedia, hidangkan dengan ayam goreng 

No comments: