Friday, June 13, 2014

Resepi Cili Jeruk:oleh mamak haji

Resepi Cili Jeruk:

bahan-bahan:
- 100gm cili muda segar.Dihiris bulat.
- 1 cawan cuka.
- 1 sudu kecil garam.
- 1 sudu kecil gula.
- 1 cawan air untuk didih atau gunakan cuma air didih terus boleh tapi prosesnya semalaman kena tunggu.

1. Cili hijau dibasuh dan dipotong (cross cut) mengikut size ketebalan yang dikehendaki. Direndam dalam air kapur ( sedikit kapur masakan dilarutkan dalam air)..selama 1-2 jam untuk mendapatkan keranggupan dan kekentalan tekstur cili. Bersihkan dengan dengan air sekurang-kurangnya X3 kali sebelum digunakan.

2. Cuka dengan gula dimasak dalam bekas stainless steel diatas api dapur yang kecil.. Masukan sedikt garam . Jangan sampai mendidih..suhu yang diperlukan cuma 60-70 darjah centigrade. Tutup api dan masukkan potongan cili anda kedalam air cuka tersebut. Dalam 30-45 minit cili jeruk anda boleh digunakan. Yang berlebihan kita perlu simpan dalam peti sejuk kerana kita tak gunakan sodium Benzoate sebagai pengawet makanan. Sekiranya nak jual dalam botol gunakan bahan pengawet Sodium Benzoate dlm kadar yang diluluskan oleh kementerian kesihatan / WHO.

No comments: