Sunday, June 8, 2014

Merangupkan Kentang Goreng

Suka makan kentang goreng bukan? Namun apabila membuat kentang goreng sendiri selalunya tidaklah serangup yang dibeli segera di pasar raya mahupun restoran makanan segera. Namun begitu berikut ada petua yang boleh anda cuba untuk merangupkan makanan kegemaran anda ini.

Setelah dikupas kulit, dibasuh dan dipotong, gaulkan kentang tersebut dengan garam secukupnya sehingga rata. Kemudian masukkan kentang tersebut ke dalam bekas yang berlubang seperti penapis santan dan toskan satu hingga dua jam hingga kentang kering. Selepas itu, gorenglah kentang tersebut menggunakan minyak yang banyak di atas api yang sederhana agar betul-betul rangup.

No comments: