Sunday, June 8, 2014

Menghilangkan Bau Peti Ais

Keluarkan semua makanan di dalam peti ais. Basahkan tuala dan bersihkan bahagian dalam. Apabila sudah kering, sapukan sedikit esen (vanilla, pisang atau ros) pada tuala tadi dan sapukan di seluruh bahagian peti ais. Tutup selama 30 minit sebelum memasukkan barang semula.

Kaedah yang kedua, Letakkan beberapa keping kulit nanas yang telah dikupas di setiap tingkat peti ais. Biarkan hingga bau tadi hilang.

Kaedah yang ketiga, cuba titikkan sedikit esen vanilla atau soda kuih pada perca kain dan simpan di dalam peti sejuk.

Paling mudah, gunakan kopi. Masukkan sebungkus kopi ke dalam peti ais dan simpankannya. 

No comments: