Masakan yang sesuai untuk wanita selepas bersalin adalah yang tidak mengandungi minyak (bukan goreng) atau bersantan. Jenis ikan yang sesuai dimakan adalah bawal putih, tenggiri, siakap dan haruan (baik untuk menyembuhkan luka dalaman). Sayuran jenis sejuk seperti kubis, timun dan sebagainya atau jenis yang ‘berangin’ seperti petola, labu dan sebagainya juga tidak digalakkan.
Ada pendapat yang mengatakan bahawa sayur yang tumbuh menjalar adalah sejenis ‘berangin’. Begitu juga dengan sesetengah buah-buahan, dilarang makan anggur sama sekali sebab sejuk. Lebihkan minum susu, air suam dan ulam-ulaman yang tertentu seperti pegaga dan pucuk daun mengkudu.
No comments:
Post a Comment