CARA PENYEDIAAN RESEPI SUP YONG TAUFU SINGAPURA:
BAHAN-BAHAN:
Stok Sup / Pengasas sup.
- 3 liter cawan air.
- 2 cawan ikan bilis yg telah basuh dan di toskan.
- 1 sudu besar biji lada putih.
- 2 biji bawang besar (sederhana besar) dihiris.
- 5 ulas bawang putih diketuk.
- 2 ketul kiub stok ayam.
- 2 inci Halia diketuk.
- 1 sudu besar gula.
- Garam secukup rasa.
- 1 sudu besar minyak masak.
Cara: Layu bawang dan ikan bilis, Mendidihkan air dan masukkan ikan bilis dan juga semua bahan-bahan tadi. Simmer/ reneh sup ini selama 1 jam. Selepas 1 jam tapis airnya dan sedia sup yong tau foo yg lazat 'ala singapura.
RESEPI YONG TAU FOO: SOS HITAM
Bahan-bahan:
200 g biji taucu pilih yang hitam. Basuh ambil biji saja dan Kisar halus.
1 cawan air
1/2 cawan kicap pekat manis.
1 sudu makan minyak masak
1 sudu besar tepung jagung, masukkan 2 s,besar air dan jadikan air.
gula secukup rasa
Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak, masukkan taucu kisar & tumis sampai keluarkan aroma.
2. Masukkan 1 cawan air, sebatikan dan biarkan mendidih
3. Masukkan kicap manis pekat dan gula.
4. Bila mendidih masukan cairan tepung jagung dan kacau serata..kepekatan sos ini terpulang pada tepung jagung..kalau pekat sangat tambahkan air panas.
RESEPI YONG TAU FOO: SOS PEDAS
Mamak Haji rasa kalau guna sos pencicah thai ini lagi sedap..dari sos cili biasa. Cuba resepi mamak haji ini.
RESEPI SOS PENCICAH THAI:
BAHAN-BAHAN DIGUNAKAN:
3 ulas bawang putih di kopek kulit.
2 cili merah. (kalau ingin lebih pedas tambah dua atau tiga cili padi merah).
1/2 cawan gula pasir.
3/4 cawan air.
1/4 cawan cuka.
1/2 sudu besar (tbsp) garam.
1 sudu besar tepung jagung dicairkan dengan 2 sudu besar air.
CARA-CARA:
1. Kisar semua bahan-bahan di atas kecuali tepung jagung.
2. Masak kisaran tersebut dengan api yang sederhana.
3. Bila mula mendidih masukan cairan tepung jagung dan kacau sehingga tepungnya masak dan likat sos . Sos perlu sentiasa di kacau selama 1 minit.
4. Biarkan sos sejuk dan masukkan dalam botol kedap udara dan simpan di peti sejuk.
No comments:
Post a Comment