Resepi yang cukup terkenal di negeri Sarawak, Mi Kolok, biasanya dihidangkan bersama kuah sup dan kicap. Dengan hirisan daging dan rasa sup, membuatkan rasanya lebih istimewa berbanding menu lain. Jika anda penggemar sajian mi, anda boleh mencuba untuk dijadikan menu petang bersama keluarga.
Bahan-bahannya:
1 gulung mi kolok (mi yang
terdapat di Sarawak)
1 sudu teh minyak bawang
2 sudu besar kicap cair
3 batang daun sawi}
dicelur dan potong kecil
100 gm daging
50 gm bawang goreng
Cara Membuatnya:
  • Rebus mi sehingga sedikit kembang.
  • Kemudian, gaul mi tadi bersama minyak bawang dan kicap.
  • Hiaskan bersama daging, sawi dan bawang goreng.
  • Di makan bersama sup tulang.