Thursday, April 24, 2014

Mengenal Peti Sejuk bersama Mamak haji

Mengenal peti sejuk

Peti sejuk biasa digunakan di bidang Restoren, Katering atau pun di kantin mempunyai tiga jenis: 1. Peti Sejuk Domestik (Rumah) 2. Peti Sejuk Komersial yang punyai satu pintu hingga 4 pintu. dan 3. Bilik sejuk digunakan dalam bidang katering sekala besar seperti hotel, Chain Restoren atau pun kantin kilang yang mempunyai ramai pekerja.
Peti sejuk mainkan peranan besar dalam bidang makanan atau pun di rumah. Fungsi peti sejuk secara rambang boleh mencegah pembaziran dan juga memaksimumkan hayat sesuatu bahan makanan. Peti sejuk biasanya mempunyai dua ruang yang berbeza suhu. Di bahagian atas peti sejuk dirumah adalah bahagian suhu yang paling rendah diantara 0 hingga -18 darjah centigrade digelar penyejuk pembekuan(cold). Bahagian bawah peti sejuk pula berfungsi sebagai bahagian suhu dingin(cool), ia itu suhu di antara 0 darjah centigrade hingga +5 darjah centigrade.

Ia berbeza pula dengan peti sejuk komersial yang bahagian atas ruang suhu dingin dan sebelah bahagian bawah pula ruang untuk suhu pembekuan. Peti sejuk komersial perlu dipasang dan dilengkapi dengan jangkasuhu untuk menentukan bahan makanan anda sentiasa berada dalam suhu yang selamat. Sekiranya peti sejuk anda tidak dilengkapi dengan jangkasuhu dapatkan sebuah jangkasuhu dapur yang bersekil +15 hingga -30 centigrade.
MENGENALI PETI SEJUK ANDA. (2)
1. Tentukan semua bahan makanan yang telah dimasak ditutup kemas. Makanan yang telah masak sekiranya tidak ditutup akan menyebabkan ia cepat menjadi kering. Perlu ingat udara dalam peti sejuk anda adalah sangat kering, ini akan menjejaskan kualiti makanan, rasa dan aroma makanan tersebut akan berubah disebabkan aroma makanan lain yang tersimpan bercampur aduk.

2. Perlu ingat, Suhu sejuk yang terdapat dalam peti sejuk anda tidak akan menambahkan kualiti makanan yang disimpan dan juga tidak akan membunuh sebarang bakteria bahaya yang terdapat dalam bahan makanan tetapi suhu yang sejuk (rendah) hanya boleh membantu perlambatkan proses enzim bahan makanan yang membantu perlambatkan pembiakan bacteria didalam bahan makanan tersebut. Proses ini juga boleh membantu mengekalkan rasa, kualiti, tekstur tidak ubah dan secara 'amnya membantu makanan itu selamat untuk dimakan walau pun dalam jangka waktu yang panjang.MENGENALI PETI SEJUK ANDA. (3)
3. Jangan ragu-ragu masukan masakan yang sedang panas terus ke dalam peti sejuk anda. Fungsi utama peti sejuk ialah menyejukan makanan untuk berada dalam suhu selamat dari pembiakan bakteria merbahaya. Sekiranya penyejukan cepat dilakukan dalam peti sejuk, kita boleh melambatkan pembiakan bakteria dalam makanan itu. Bakteria akan membiak cepat dalam zon suhu +5 darjah hingga 60 darjah centigrade. Zon suhu ini amat bahaya kepada bahan makanan dan ia digelar "Zon Suhu Bahaya". Sekiranya anda membiarkan hidangan yang telah dimasak dalam zon suhu ini, selepas 2 jam, kemungkinan bakteria telah membiak begitu cepat dalam makanan anda. Syarat 2 jam ini paling penting. Sekiranya Zon Suhu Biasa ini diabaikan, risikonya mat tinggi. Kita kerap kali dengar keracunan makanan di Kantin-kantin sekolah tetapi pengetahuan tentang "Zon Suhu Bahaya" tidak dipedulikan. Kantin Sekolah jarang dibekalkan dengan "BinMerry" (pemanas hidangan )untuk hindarkan Zon suhu bahaya ini. Imunisasi kanak-kanak terhadap bakteria bahaya rendah dari orang dewasa. Semua pengendali kantin sekolah perlu beri perhatian yang berat tentang perkara "Zon Suhu Bahaya".
MENGENALI PETI SEJUK ANDA. (4)
4. Sekiranya anda perlu simpan bahan makanan yang telah masak dalam kuantiti yang banyak, pastikan diasingkan dalam bekas kecil dan kedalaman (tinggi) bekas itu perlu kurang dari 3 inci. Pastikan usaha berterusan untuk menjadikan peti sejuk anda sentiasa boleh menawan segala pembiakan bakteria bahaya dalam bahan makanan anda.

5. Jangan "over-loading" atau sesakan ruang peti sejuk anda. Peti sejuk perlu ada ruang udara yang baik untuk pengudaraan. Pengudaran baik boleh menentukan ruang peti sejuk anda punyai suhu yang sekata dalam setiap ruangan. Bahan makanan yang sudah dimasak dan bahan makanan yan belum dimasak perlu asingkan. Tentukan rak yang paling sejuk digunakan untuk bahan makanan yang memerlukan suhu yang rendah. Sayuran dedaun perlu diberi perhatian kerana suhu yang rendah akan menyerap kelembabpan sayur-sayuran dan menjadi sayur cepat layu dan lecur. Untuk mengelakan ini adalah perlu sayur-sayur dedaun perlu disimpan dengan dibungkus kertas atau pembalut plastik supaya kelembabpan tidak mudah diserap dan menjadi kering.
MENGENALI PETI SEJUK ANDA. (5) akhir:
6. Makanan yang telah masak yang perlu disimpan dalam peti sejuk, segera disimpan dalam peti sejuk secepat mungkin, sekurang-kurangnya selepas 2 jam terdedah pada suhu bilek untuk melambatkan pembiakan bakteria. Sekiranya suhu bilek tinggi dari 27 darjah centigrade perlu masukan sebelum 1 jam.

7. Peti sejuk perlu dibersihkan sekurang-kurangnya 3 minggu sekali. Keluarkan semua isi peti sejuk tapi perlu ingat, syarat 2 jam yang disebutkan di atas perlu dipatuhi. Tentukan keadaan peti sejuk anda sentiasa bersih di luar dan di dalam. Segala pertumpahan yang berlaku perlu dilap dan dibersihkan segera. Tentukan suhu di bahagian dingin sentiasa berada dalam +5 darjah centigrade. Pelaras suhu atau dipanggil "thermostat" berfungsi dalam keadaan baik. Pelaras suhu selain dari mengawal suhu, ia juga penting untuk penjimatan tenaga letrik. Bahagian bawah dalam peti sejuk komersial tidak boleh membiarkan ais terbentuk tebal. Ais akan menjadi penebat (penghalang kepada penyerapan haba dalam ruangan) untuk mendapatkan suhu yang rendah. Suhu ais tepu ialah cuma sifar darjah centigrade. Ais terbentuk kerana kerap kali membuka peti sejuk (udara luar yang wap air tinggi) dan juga getah pintu sejuk anda telah rosak dan perlu diganti. kunci pintu peti sejuk perlu laraskan untuk menentukan pintu peti sejuk sentiasa kedap dari udara luar yang mempunyai kelembabpan tinggi.

Sejak Tenaga Letrik Negara dan Pembekalan air bersih Negara dikendalikan oleh syarikat-syarikat perniagaan, iklan-iklan penjimatan letrik dan air telah hilang dari pemikiran rakyat Malaysia. Syarikat-syarikat ini seperti peniaga-peniaga seperti kita juga. Dasar perniagaan, lebih banyak menjual, lebih untung diperolehi. Di sini saya tidak bincang pasal politik atau pun mewakili NGO-NGO " Selamatkan Dunia", tetapi sebagai peniaga mementingkan keuntungan dalam perniagaan Restoren. Penjimatan tenaga letrik, Gas masak LPG dan air bersih di restoren adalah cara paling mudah sekiranya anda mengubah sedikit cara pengendalian harian restoren anda.

Ambil sebagai contoh peti sejuk anda yang anda saban hari merenung dan ia beroperasi selama 365 hari dalam setahun. Ada pemilik restoren berpendapat mempunyai Peti sejuk yang paling besar akan iktiraf restoren anda sebagai prestasi keunggulan restoran anda. Paling tidak anda ingin menyediakan peti sejuk pameran (air minuman) yang enam pintu. Dalam pada itu bila ajen minuman jenama tertentu pula menempatkan peti sejuk jenama syarikatnya tanpa tanpa sebarang bayaran tetapi bersyarat cuma boleh mempamirkan minuman produk syarikatnya. Ini belum lagi peti ais krim yang berjenis--jenis seperti kedai ice-cream. Dibahgian kaunter pulak bersusun dengan minuman cordial berwarna merah, hijau, unggu atau pun ungu. Ini tidak masuk lagi peti sejuk di dapur. Kadangkal dalam sesetengah restoren itu penuh dengan peti sejuk lebih dari pekerjanya.
Prinsip operasi peti sejuk ialah menyerapkan haba dalam peti tersebut dan membebaskan haba panas dari pemampatan gas (freon) itu melalui penyejukan gas itu melalui pemelowap(condensor) menerusi penyejukan udara dengan kipas angin (blower) yang terletak di atas atau dibawah peti sejuk. 

Pendek kata haba yang bersuhu tinggi akan dibebaskan dalam restoren anda. Bayangkan suhu dalam restoren anda dari matahari yang memancar ditambah pula dengan haba dari peti-peti sejuk ini. Contoh yang terbaik ialah sekiranya anda melawat Kedai-kedai pasar mini di kampaung-kampung anda akan merasai haba panas dalam pasar mini ini lebih panas dari kepanasan di luar. Kadangkala segala minuman yang berada dalam peti sejuk lebih panas dari minuman yang belum disejukkan.

Janganlah cuba beli coklat kegemaran anda dan untuk menikmati. Sudah tentu coklat cair!. Barang akan cepat rosak disebabkan haba panas yang tinggi. Peti sejuk pula selalunya tidak berfungsi disebabkan haba dalam pasar mini tidak dapat menyejukan proses penyejukan gas (freon), maka peti sejuk akan beroperasi 24 jam dan membabitkan kegunaan tenaga letrik yang banyak. Untuk mengatasi masalah ini, pekedai ini terpaksa memasang hawa dingin untuk menarik pelangan.

Haba yang dihasilkan oleh peti sejuk akan memaksa pekedai itu menambah kapasiti kesejukan penghawa dingin daripada kapasiti (cooling load) yang normal. Dalam keadaan biasa di negara kita 1 kaki kubic persegi memerlukan 110 btu/hr. dengan kiraan 1 hp (kuasa kuda) = 12,000 btu/hr. Contoh: Sekiranya mini market itu memerlukan kapasiti 2 HP penghawa dingin tetapi untuk mengawal suhu panas yang dihasilkan oleh peti-peti sejuk, perlu pulak menambah penghawa dingin yang punyai kapasiti 4 hp. Untuk memasang 4 hp penghawa dingin pula, kedai nya perlukan bekalan voltan 4 fasa. Pemasangan bekalan letrik 4 fasa, memerlukan kos yang tinggi dan juga peralatan untuk menghidupkan penghawa dingin pula perlu diubah-suai. Kos untuk pemasangan saja akan mencecah kepada ribuan ringgit; belum lagi kos unit pembelian hawa dingin. Maka untuk menjimatkan kos tinggi ini, dia perlu memasang dua unit penghawa dingin dengan menggunakan bekalan voltan satu fasa. Maka setiap kali dia mula menghidupkan penghawa dingin anda boleh lihat meter TNB di luar akan berputar seperti kipas angin yang dalam pilihan maksima. Di mana kesilapannya?. Anda renungkan. Kalau pemilik itu mengupah mengalihkan unit pemampat peti sejuk (condenser unit) itu diluar kedai, bukankah begitu banyak dia boleh jimat. Di mana silap...silapnya adalah tidak punyai pengetahuan yang cukup. Semasa saya di Johor Bahru pernah saya cadangkan kepada tiga pekedai pasar mini cara ini. Memang boleh lakukan dengan mudah kerja-kerja pemasangan ubah suai ini dan keputusannya amat memuaskan. Jimat kos adala keuntungan syarikat anda.
Ini contoh kiraan mamak haji buat untuk kedai makan dulu: 

TNB Tarif B - Voltan Rendah Tarif Perdagangan:Untuk keseluruhan penggunaan Bulanan di antara 0 - 200 kWh/bulanan : 37 sen untuk 1 kWhr.

*peti sejuk satu pintu perdagangan : 1/4 hp = 186.5 watt ( 1hp = 746 watt) atau 0.187Kw X 24jam = 4.476KWhr X 37 sen = RM1.65 X 30 (satu bulan) = RM49.50 X 12 (1 tahun) = RM594.00.

*Sekiranya saya menggunakan peti sejuk tiga pintu (kuasa menjadi 3/4 hp) = 559.5 watts atau 0.560 KWhr X 37 = RM2.07 sen (sehari). X 30 (sebulan) =RM62.10. X 12 (setahun) = RM745.20.

Perbedzaan di antara peti sejuk dua pintu dan tiga pintu untuk setahun...RM151.20.

Ini tahun berapa..tapi sekarang tarif TNB?..cuba kira untuk restoren anda..hahahaha.









No comments: