Sunday, April 20, 2014

RAHSIA KEBAIKAN DAUN KARI UNTUK KESIHATAN:oleh Mamak Haji..

RAHSIA KEBAIKAN DAUN KARI UNTUK KESIHATAN:
Daun kari atau orang Tamil di sini gelar, " karipillai" (kari illai) atau Kadi Patta ini boleh dikatakan semua jenis resepi tumis 'ala India digunakan. Ia bukan saja memberikan aroma yang berlainan untuk menyedapkan hasil kari atau tumisan tetapi ia punyai nilai perubatan yang tinggi untuk kesihatan tubuh badan kita.

Adalah dikatakan daun kari dari kajian santifik mengatakan mengandungi zat besi dan acid folic yang semulajadi. Dengan itu daun kari berupaya merawat penyakit "anaemia" yang berpunca dari tubuh badan kita tak mampu menyerap zat besi untuk sel darah merah terbina. Acid folic ini yang terdapat dari daun kari akan membantu menyerapkan zat besi dalam tubuh badan. Maka kalau daun kari ini mempuunyai kedua bahan ini sekali bukankah ia adalah terbaik?.

Kalau anda mempunyai masalah anaemia atau pun pendarahan banyak semasa datang haid bulanan atau ibu-ibu yang bersalin yang kurang darah..cuba ambil 2 helai daun kari bersama dengan sebiji buah kurma setiap awal pagi semasa perut kosong. Insha Allah anda akan rasa kesan sepanjang hari..selain itu daun kari juga baik untuk penyakit hati..selalunya kaki botol kena penyakit hati rosak kerana terlalu banyak kandungan alkohol dalam tubuh badan...maka daun kari boleh membantu.

Daun kari juga mempunyai alkoloid yang di gelar, " carbazole alkaloids " yang boleh membantu melegakan cirit-birit akibat panas badan atau angin perut sebu. Tumbuk daun kari halus dan bulatkan seperti saiz ma'jun dan minum dengan susu suam tiga kali sehari. Ia seperti julap. Maka sebab ini lah kita perlu makan daun kari sekali dengan nasi bila berlauk kari...jangan lupa!.
 

No comments: