Petua Untuk Minda Cerdas
1. Bergaul dengan orang cerdas menyebabkan anda turut menjadi cerdas. Sebagaimana bergaul dengan orang yang berani menyebabkan anda turut berani. Kalau anda bergaul dengan orang yang berjiwa besar, jiwa anda turut besar. Kalau bergaul dengan jutawan, hati anda turut merasa kaya lalu timbul keinginan untuk berusaha untuk menjadi sepertinya.
2. Oleh kerana itulah Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, "Kalau anda bergaul dengan penjual minyak wangi, badan anda akan harum kerana terkena wangi-wangiannya. Kalau anda bergaul dengan tukang besi, badan akan busuk kerana terkena wap besi yang busuk." Demikian juga diformulakan oleh Imam Syafie, "Ada 3 perkara yang boleh mencerdaskan mental; selalu berdamping dengan ulama', bergaul dengan orang-orang soleh dan meninggalkan perkataan yang sia-sia."
3. Abdullah bin Mas'ud mempetuakan, "Ada 4 perkara yang menggelapkan hati; perut yang selalu kenyang, bergaul dengan orang yang berbuat dosa, tidak insaf dengan dosa-dosa lalu, dan panjang angan-angan." Kalau anda mengenali individu-individu yang pintar dan baik akhlaknya, jangan lepaskan kesempatan untuk berkawan dengannya.
No comments:
Post a Comment