Monday, April 21, 2014

Petua Untuk Tahan Daya Ingatan

Petua Untuk Tahan Daya Ingatan
Pilihan 1: Setiap hari semasa mandi, tahankan air dengan mengepitkan kedua-dua belah paha. Kemudian, ambil air tersebut ke dalam bekas. Sapukan air tersebut ke seluruh muka. Mulakan dari bahagian dahi sambil selawat dengan niat supaya diberi hati yang terang dan ingatan yang kuat. Lakukan sebanyak 3 kali. Selepas itu, minum air tersebut barang seteguk.
Pilihan 2: Ambil halia yang sudah tua untuk dijadikan halua. Halia itu dibersihkan, dipotong dan dimasak dengan mencampurkan gula. Makan setiap pagi dan malam secara konsisten. Lebih afdal jika membaca selawat sebelum memakannya.

No comments: